in , , , , , ,

ROCCAT Renga: Gaming Headset Khusus Buat Genre FPS!

Dengan menjanjikan kualiti bunyi bertaraf studio, adakah headset gaming ROCCAT Renga bakal memberi saingan dalam pasaran audio gaming? JomBaca review kami, Boleh Beli or Boleh Blah!?

IMG_0388

Rekaan yang ringkas ini sememangnya memberikan keselesaan kepada pengguna. Tapi pasti ramai yang akan teringat kepada headset yang dikeluarkan oleh Steelseries.

Spesifikasi Teknikal

Pemacu Speaker

  • Frekuensi: 20∼20000Hz
  • Impedans: 32Ω
  • Diameter: 50mm
  • Material: Magnet Neodymium

Mikrofon

  • Kepekaan: 1kHz: -52dB
  • Impedans: 2.2kΩ
  • Mikrofon semua arah

Ukuran/Berat

  • Lebar: 21.0 cm
  • Ketinggian: 20.0 cm
  • Panjang: 10.0 cm
  • Berat: 210 g

Keperluan Sistem

  • 3.5 mm soket bicu (jack)

Rekaan yang ringkas. Ok ke?

IMG_0381Dengan rekaan yang ringkas ini, ROCCAT berjaya memberikan 2 perkara yang diperlukan oleh gamer dalam sesi bermain yang lama iaitu pengudaraan dan keselesaan.

Pengudaraan berjaya diberikan melalui rekaan open-ear yang membenarkan udara keluar dan masuk. Ciri open-ear ini juga membenarkan orang yang berdekatan mendengar dari headset anda.

IMG_0384Renga ini juga adalah ringan dan tidak membeban kepala atau leher anda apabila diguna secara berpanjangan. Dapat dilihat ini berjaya dicapai melalui rekaan headband yang ringkas tetapi tidak mengorbankan sebarang keselesaan.

Penulis sedikit bimbang dengan plastik yang digunakan dalam pembuatan ROCCAT Renga ini. Jika anda seorang yang biasa ‘rage’ ketika gaming, elakkan menghempas headset ini kerana mungkin akan membuatkan ia bersepai.

PC sahaja ke boleh pakai? Console boleh?

IMG_0380ROCCAT Renga boleh disambungkan dengan PC, PS4, Xbox One, Wii U dan juga pada smartphone anda melalui 3.5 mm soket bicu (jack) yang merupakan standard kepada kebanyakkan peranti.

Gaming headset ROCCAT Renga ini turut mempunyai alat kawalan yang membenarkan pengguna untuk menghentikan input dari mikrofon secara pantas disamping mengawal kekuatan audio di pemacu speaker.

IMG_0385Ini adalah sangat berguna jika anda selalu bertukar-tukar peranti dan ingin membawanya ke mana-mana seperti ke LAN party atau pun ke pertandingan eSport. Sangat dihargai jika ROCCAT dapat menyertakan bersama sebuah beg simpanan bagi headset gaming ini.

Yang paling penting adalah audionya. Ada bagus?

IMG_0386Bagi mereka yang dikira sebagai ‘generasi Beats’ headset gaming ini kurang sesuai dengan anda. Ia tidak mempunyai bunyi bass yang boleh meletopkan gegendang telinga anda walaupun disertakan dengan pemacu speaker bersaiz 50 mm.

Sebaliknya jika anda meminati bunyi akustik dan mementingkan sensiviti audio seperti bunyi tapak kaki musuh dalam FPS, headset gaming ini amat bersesuaian untuk ada.

IMG_0387Mikrofon untuk ROCCAT Renga boleh dikira sebagai sederhana. Tidak teruk dan juga tidak cemerlang. Semasa pengujian untuk review ini, ahli pasukan penulis mendapati tiada masalah semasa berkomunikasi.

Keputusan: Boleh Beli or Boleh Blah!?

BOLEH BLAH! – Minat bunyi bass yang kuat dan padu? Renga bukan direka untuk anda. Jika anda juga kasar dalam penjagaan gajet, headset ini juga kurang sesuai untuk dimiliki. Amat dihargai jika ROCCAT dapat menyertakan beg simpanan buat headset Renga ini.

BOLEH BELI! – Dapat dilihat bahawa ROCCAT telah membina Renga khas untuk mereka yang pentingkan sensiviti dalam audio dan terutamanya bagi mereka yang meminati genre FPS. Bunyi-bunyi seperti pijakan tapak kaki dan bunyi mengisi peluru (reloading) dapat didengar dengan jelas. Rekaan yang ringan dan selesa juga amat baik dalam sesi gaming yang sengit dan panjang.

 Bunyi bass yang kurang berkesan.
Material yang kurang sesuai untuk mereka yang kasar dengan penjagaan headset.
 Tidak disertakan bersama sebarang USB audio kad.
 Tiada aksesori lain disertakan seperti beg simpanan.

+ Audio akustik yang memuaskan. Sesuai untuk mereka yang gemarkan genre FPS.
+ Rekaan yang ringkas. Namun pasti ada yang kurang gemarkan ia.
+ Ringan dan selesa. Mempunyai pengudaraan yang baik.
+ Memberikan kualiti yang setara dengan harganya.

So, amacam? Boleh Beli? Boleh Blah? Haa tepok dada tanyalah selera! Kalau nak order ROCCAT Renga ini menerusi Gamers Hideout, korang boleh KLIK SINI!

*ROCCAT Renga diedarkan oleh PLAY Interactive pada harga RM 239.00. Sebarang harga yang dinyatakan didalam artikel ini adalah harga yang ditetapkan semasa penulisan artikel. Perubahan mungkin berlaku.
*ROCCAT Renga telah melalui ujian di pelbagai peranti seperti PC, PS4, Samsung Note 3 dan iPad. Antara game yang telah dicuba bersama adalah Superhot, The Division, Street Fighter V dan Battlefield 4.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

PES SEA Champions League Final: 4 Wakil Malaysia Ke Vietnam Telah Diumumkan!

Acara EA Play Leaked? Star Wars Battlefront Akan Ada Story Campaign?