in , ,

ROCCAT Lua: Kenapa Gaming Mouse Ini Begitu Murah? Mur Mur Sangat Nih!

JomGaming berpeluang untuk mengulas tentang ROCCAT Lua – gaming mouse yang sedang SALE di Lazada! Mahukan gaming mouse yang awesome? Nak dapatkan harga promosi? Jom baca review kitorang!

[su_spoiler title=”Tak Sabar Nak Beli Dengan Harga Diskaun? KLIK SINI!” style=”simple” icon=”folder-2″]


Top Bundle Mouse Sahaja*
+ ROCCAT Lua Tri Button Gaming Mouse
+ Jaminan Warranty 2 Tahun

Harga Asal: RM 199.00
Harga Promosi: RM 99.00

Klik SINI untuk membeli Bundle ini!



DuoBundle Mouse dan Mousepad
*

+ ROCCAT Lua Tri Button Gaming Mouse + ROCCAT Kanga Gaming Mouse Pad
+ Jaminan Warranty 2 Tahun

Harga Asal: RM 248.00
Harga Promosi: RM 138.00

Klik SINI untuk membeli Bundle ini!


Evolve Bundle Bundle Mouse, Mousepad & Game PC*
+ ROCCAT Lua Tri Button Gaming Mouse + ROCCAT Kanga Gaming Mouse Pad
+ PC Evolve Box Set
+ Jaminan Warranty 2 Tahun

Harga Asal: RM 369.00
Harga Promosi: RM 199.00

Klik SINI untuk membeli Bundle ini!


*Tawaran terhad dari 24hb hingga 26hb Februari 2016.
[/su_spoiler]

ROCCAT Lua

ROCCAT adalah sebuah jenama dari Jerman yang semakin hari mendapat perhatian daripada gamer-gamer seluruh dunia kerana tawaran gaming mouse, keyboard, headphone dan aksesori PC gaming yang berkualiti. Nampaknya ROCCAT telah berjaya memberi nafas baru dalam rekaan gaming mouse yang ringkas tetapi berbaloi-baloi untuk gamer dengan terhasilnya ROCCAT Lua.

Top
Jangan tertipu dengan rupabentuk simple-nya. ROCCAT Lua memang dibina untuk 1337 gamers!

Lua datang dengan pelbagai ciri seperti sensor optik yang boleh tahan jitu sehingga 2000dpi, 6 butang yang boleh diubahsuai fungsinya, sedap dipakai menggunakan tangan kanan mahupun kidal, plug & play, ada software untuk customise dan yang paling best – harga yang mur mur gitu!

Spesifikasi Teknikal

  • Sensor optikal 2000dpi
  • 60 ips
  • 20G acceleration
  • 1000Hz polling rate
  • 1.8m USB cable
  • 2D scroll wheel

Ukuran / Berat

  • Lebar 6.5cm
  • Ketinggian 3.0cm
  • Panjang 11.5cm
  • Berat 68g

Keperluan Sistem

  • Windows® 8, Windows® 7, Windows® 10
  • USB 2.0 Port
  • Internet diperlukan untuk memuat turun driver dan software

So, apa yang best pasal ROCCAT Lua ni?

Bottom
Jangan risau, sebahagian besar masa gaming korang takkan nampak pon bahagian bawah Lua ini. Lainlah kalau korang lag dan nak salahkan mouse, baru korang tengok, ye tak?

ROCCAT Lua dibina bersama sensor optikal Pro-Optic yang mempunyai sensiviti dari 250dpi hingga 2000 dpi. Pilihan dpi ini dapat ditukar on-the-fly dengan hanya menggunakan butang dpi yang terdapat di mouse Lua. Sensor Pro-Optic ini turut mampu mengesan gerakan sepantas 20G yang memastikan gerakan pemain sentiasa dikesan dan diinput semasa sesi gaming. Takde lagi input lag bila korang ghairah killstreak!

FrontQuarterLeft
Detail perkataan LUA di sisi mouse ini memang memberi sentuhan gaya minimalis.

Bahagian tengah mouse Lua ini mempunyai permukaan yang matte yang licin manakala kawasan sisi mouse sedikit bertekstur kasar bagi memudahkan korang menggentel mouse dengan lebih stabil. Ini sangat penting bagi mengelakkan mouse tergelincir dari tangan terutamanya apabila korang menghadapi saat-saat genting dalam pertarungan antara hidup dan mati dalam dunia virtual!

FrontQuarterRight
Perincian perkataan ROCCAT yang tenggelam di atas mouse ini memberikan tekstur kepada matte painting di atas Lua.

ROCCAT Lua mempunyai rekaan yang ergonomik dan sesuai bagi gamers bertangan kidal ataupun kanan. Namun begitu, penulis merasakan kebanyakkan pengguna PC yang kidal tetap menggunakan mouse di sebelah kanan kerana ini lebih efisien.

BackQuarter
Pencahayaan logo ROCCAT yang anggun ini pastinya menjadi teman sesi gaming korang di kelam malam!
 Pencahayaan LED di mouse ROCCAT Lua juga kelihatan anggun. Dengan LED berwarna ‘Arctic Blue’ yang menyala secara sekata di kawasan logo ROCCAT – tiada langsung kawasan ‘hotspot’ yang memberikan pencahayaan yang tidak rata!
Melalui penggunaan perisian untuk ROCCAT Lua, korang diberi 3 pilihan pencahayaan iaitu efek breathing, kekal bercahaya atau pun padam terus pencahayaan tersebut untuk gaming session stealth!

Rekabentuk dan binaan dah menarik, bagaimana pula perisian untuk Roccat Lua?

roccat-lua-01

Walaupun ROCCAT Lua berfungsi dengan baik dengan driver yang digunakan oleh Windows, kebolehan sebenar mouse ini akan hanya benar-benar menyerlah apabila korang menggunakan perisian yang direka khas untuk mouse ini.

Melalui perisian ini, konfigurasi mouse ROCCAT Lua boleh diubahsuai. Dari gambar diatas, dapat kita lihat DPI boleh ditukar atau diaktifkan mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu, scroll speed serta polling rate juga boleh diubahsuai di menu utama ini.

LUA Advanced Control

Dalam menu ‘Advanced Control’ pula, perisian ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengubah fungsi butang pada mouse, mod tangan kiri/kanan dan juga pencahayaan mouse – efek breathing, kekal bercahaya atau pun padam terus.

So, Boleh Beli ke Boleh Blah!?

BOLEH BLAH! – Saiz dpi yang terhad jika dibandingkan dengan mouse yang ada di pasaran. Namun begitu, kebanyakkan gamer sudah berpuas hati dengan 2000 dpi.

BOLEH BELI! – ROCCAT Lua sememangnya mouse gaming entri-level yang terbaik dari ROCCAT. Selain direka dengan penuh gaya minimalis, mouse ini dibina dengan kualiti dan juga mempunyai prestasi yang memuaskan untuk seorang gamer. Sememangnya ROCCAT Lua ini tidak mengecewakan dan sukar ditandingi oleh mouse lain pada lingkungan harga yang sama.

 Mempunyai saiz dpi yang terhad.
 Customisation pencahayaan logo yang minimal.

+ Harga jualan yang berpatutan.
+
Mempunyai binaan yang berkualiti.
+ Sensor yang berkualiti.
+ Sesuai untuk mereka yang memegang mouse secara ‘claw’.
+ Perisian mouse yang direka dengan cemerlang.
+ Mempunyai jaminan warranty selama 2 tahun.

OK, Mana Harga Diskaunnya?

Haha, nih ada 3 bundle yang boleh korang pilih! Semuanya dengan potongan harga promosi dari Lazada! Baik korang cepat, hanya 100 unit ditawarkan! Dapatkan sebelum terlambat! *Tawaran terhad dari 24hb hingga 26hb Februari 2016.


 

Top

Bundle Mouse Sahaja*
+ ROCCAT Lua Tri Button Gaming Mouse
+ Jaminan Warranty 2 Tahun

Harga Asal: RM 199.00
Harga Promosi: RM 99.00

Klik SINI untuk membeli Bundle ini!


 

Duo

Bundle Mouse dan Mousepad*
+ ROCCAT Lua Tri Button Gaming Mouse
+ ROCCAT Kanga Gaming Mouse Pad
+ Jaminan Warranty 2 Tahun

Harga Asal: RM 248.00
Harga Promosi: RM 138.00

Klik SINI untuk membeli Bundle ini!


 

Evolve Bundle

Bundle Mouse, Mousepad dan Game PC*
+ ROCCAT Lua Tri Button Gaming Mouse
+ ROCCAT Kanga Gaming Mouse Pad
+ PC Evolve Box Set
+ Jaminan Warranty 2 Tahun

Harga Asal: RM 369.00
Harga Promosi: RM 199.00

Klik SINI untuk membeli Bundle ini!


*Tawaran ini terhad kepada 100 unit sahaja dari 25hb hingga 26hb Februari 2016. ROCCAT Lua diedarkan oleh PLAY Interactive.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

514 Kills Dalam Satu Round, Pemain Ini Pecahkan Rekod Battlefield 4!

Deadpool: Boleh Beli or Boleh Blah!?