Adakah ROCCAT Kiro, gaming mouse yang mempunyai rekaan panel sisi unik ini berbaloi dengan harganya? Jom usha review kitorang!

Tak tahan nak ada ROCCAT Kiro!? KLIK SINI!

ROCCAT Kiro (8)
Jangan disangka rekaan yang ringkas ini tidak mempunyai sebarang ciri yang mengagumkan.

ROCCAT Kiro boleh dikira sebagai abang besar kepada gaming mouse ROCCAT Lua yang telah kami uji sebelum ini. Melalui Kiro, ROCCAT telah membawa beberapa perubahan yang positif dari segi rupa, fungsi dan begitu juga aplikasinya. Jom kita tengok basic specs nya!

Spesifikasi Teknikal

  • Pro-Optic Sensor R2 yang mempunyai 2000 dpi.
  • 60ips
  • 20G acceleration
  • 1000Hz polling rate
  • 1.8m kabel USB
  • Turbo Core V2 32-bit Arm MCU

Ukuran / Berat

  • Lebar 6.7cm
  • Ketinggian 3.0cm
  • Panjang 12.0cm
  • Berat 103g

Keperluan Sistem

  • Windows® 8, Windows® 7, Windows® 10
  • USB 2.0 Port
  • Internet diperlukan untuk memuat turun driver dan software

Berapa Harga ROCCAT Kiro Nih?

Pada harga RM179, ROCCAT Kiro memiliki banyak features dan spesifikasi yang mengatasi gaming mouse lain di dalam price range nya. Korang tak percaya, cuba tengok perbandingan yang kitorang buat di bawah ini. Yang paling menarik adalah warranty selama 2 tahun tuh geng! So, korang bolehlah berbelanja membeli ROCCAT Kiro ini dengan hati tenang girang!

[table caption=”Perbandingan Gaming Mouse” width=”700″ colwidth=”160|120|50|140|160″ colalign=”left|left|center|center|left”]
Nama,Harga,DPI,Bil. butang,Aplikasi
ROCCAT Kiro,RM 179.00,4000,7,ROCCAT Swarm
Logitech G302,RM 169.00,4000,6,Logitech Gaming Software
Razer Abyssus,RM 185.00,3500,3,Razer Synapse
Corsair Katar,RM 160.00,8000,4,Corsair Utility Engine
[/table]

Rekabentuk Macam Best – Selesa Tak?

ROCCAT Kiro (2)
Rekaan ergonomik pada ROCCAT Kiro memberikan keselesaan buat pemain bertangan kanan dan juga kidal.

ROCCAT meneruskan rekabentuk ergonomik dalam penciptaan mouse Kiro. Rekaan ini memberikan keselesaan bagi gamers yang bertangan kanan dan juga kidal. Posisi butang-butang ini diletakkan dengan strategik memberikan korang capaian mudah di hujung jemari.

[su_slider source=”media: 9289,9288,9287″ limit=”10″ link=”lightbox” height=”16000″ title=”no” autoplay=”4000″]Mengekalkan rekaan tekstur yang terdapat di ROCCAT Lua, Kiro turut mempunyai permukaan atas yang terasa matte licin manakala kawasan sisi mouse sedikit bertekstur kasar membolehkan pengguna memegangnya dengan stabil dan selesa.

ROCCAT Kiro (10)Sepanjang sesi gaming yang panjang ataupun semasa penulisan artikel ini, kitorang memang selesa menggunakan Kiro! So, korang jangan risau! Korang bolehlah marathon game-fest korang tanpa lenguh tangan!

Side Panel Kiro Macam Menarik – Apa Best?

ROCCAT Kiro (18)
Semua panel ini boleh ditukar dengan pantas dah mudah!

Rekaan Kiro juga boleh dikira unik kerana ia didatangkan dengan 2 panel tepi yang boleh diubahsuai mengikut citarasa korang. Kalau korang mahukan gaming mouse yang minimalist, pasangkan sahaja panel tepi yang kosong. Kalau korang tak boleh hidup tanpa butang ekstra di gaming mouse korang – pasangkan sahaja panel tepi dengan 2 butang tambahan!

ROCCAT Kiro (16)
Jika anda meminati gaming mouse yang simple, tukarkan kepada panel yang tiada butang ekstra!

Sebarang penukaran panel boleh dibuat dengan mudah dan hanya mengambil beberapa saat sahaja. Hasil idea ROCCAT yang menggunakan magnet di panel sisi memang satu pilihan yang bijak dan sangat memudahkan pengguna. Kitorang kagum bermain bertukar-tukar panel – mudah dan kemas buatannya!

Gaming Mouse Kenelah Laju – Kiro Macamana?

ROCCAT Kiro (11)Sensor pada ROCCAT Kiro iaitu Pro-Optic R2 menawarkan sensitivity sebanyak 2000 dpi. Tetapi Kiro juga mempunyai fungsi yang dikenali sebagai Overdrive mode. Melalui mode ini, ROCCAT berjaya menggandakan sensitivity Kiro kepada 4000 dpi! Dengan on-board Microcontroller Unit Turbo Core V2 dengan cip ARM 32 bit – kawalan Kiro semasa Overdrive mode jitu dan tiada lag! Smooth aje kitorang tracking semasa testing in-game!

 Software Untuk Customise Kiro Nih, Ada?

[su_slider source=”media: 9235,9236,9237″ limit=”10″ link=”lightbox” height=”16000″ title=”no” autoplay=”4000″]Ada! ROCCAT Kiro kali ini menggunakan aplikasi ROCCAT Swarm untuk membolehkan pengguna mengubahsuai pelbagai fungsi dan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:

  • Ubahsuai Setting
    – Membenarkan pengguna mengubah sensivity, scroll speed dan juga dpi.
  • Button Assignment
    – Pengguna boleh mengubah setiap butang di Kiro kepada apa-apa fungsi yang diingini.
  • Advance Setting
    – Tukar opsyen seperti polling rate, orientasi tangan dan juga LED pada Kiro.

Perubahan warna RGB untuk LED ROCCAT Kiro tampak menarik untuk menemani rig gaming korang! Korang boleh customise perubahan warna LED ini menerusi aplikasi ROCCAT Swarm.

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

BOLEH BLAH! – Sensor ROCCAT Kiro hanya mempunyai sensitivity 2000 dpi namun melalui Overdrive mode, ia membolehkan pengguna menaikkan ia sehingga 4000 dpi. Kurang sesuai untuk mereka yang memegang mouse secara ‘palm’.

BOLEH BELI! – Rekaan panel sisi yang mudah diubahsuai ini sesuai untuk mereka yang ingin mempunyai opsyen dalam butang ekstra untuk mouse gaming. Kedudukan butang sisi juga mudah diakses dan juga tidak mudah tertekan. Aplikasi Swarm juga mempunyai semua opsyen dan mudah difahami. Bagi mereka yang menggunakan Alienware, Kiro boleh digunakan bersama AlienFX.

Saiz dpi asal yang rendah. Overdrive mode membenarkan dpi dinaikkan sehingga 4000.
 Kurang sesuai bagi mereka yang memegang mouse secara palm.

+ Mempunyai panel tepi yang unik dalam rekaan mouse.
+ Sesuai untuk mereka yang memegang mouse secara ‘claw’ atau pun ‘fingertip’.
+ Perisian ROCCAT Swarm membenarkan pengguna mengubah setting dengan mudah.
+ Bagi pengguna Alienware, Kiro boleh digunakan bersama AlienFX.
+ Mempunyai jaminan warranty selama 2 tahun.

So, amacam? Boleh Beli? Boleh Blah? Haa tepok dada tanyalah selera! Kalau nak order ROCCAT Kiro ini menerusi Lazada, korang boleh KLIK SINI!

*ROCCAT Kiro diedarkan oleh PLAY Interactive. Sebarang harga yang dinyatakan didalam artikel ini adalah harga yang ditetapkan semasa penulisan artikel. Perubahan mungkin berlaku.

JomKomen!