Roblox merupakan salah satu game paling popular di dunia. Antara faktor mengapa ia begitu popular adalah disebabkan ia merupakan game sandbox percuma yang boleh dimainkan di PC, Xbox dan mobile.
Di sebalik kemudahan akses dan popularitinya, Roblox masih belum boleh dimainkan di platform PlayStation. Situasi itu mungkin bakal berubah tidak lama lagi.
Roblox kini telah disahkan sedang dibangunkan untuk platform PlayStation. Perkara ini dapat diketahui melalui salah satu jawatan kosong yang sedang ditawarkan syarikat tersebut.
Di laman karier Roblox, jawatan ‘Senior Software Engineer, Playstation Console’ kini sedang dibuka untuk diisi mereka yang berkelayakan. Deskripsi untuk jawatan ini adalah “anda akan bantu membina dan menyokong enjin kami yang digunakan jutaan pengguna seluruh dunia untuk platform Sony PlayStation, dan konsol-konsol gaming besar lain di pasaran”.
Jawatan ini juga digambarkan akan “membangunkan dan menyokong aplikasi client Roblox untuk platform konsol-konsol gaming seperti Microsoft Xbox One dan Sony PlayStation 4.”
Tentunya pihak Roblox belum mendedahkan bilakah game itu akan dilancarkan ke PlayStation, bahkan versi itu juga masih belum didedahkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada mereka.
Terima kasih, The Verge.
Comments
Loading…