in , , , ,

Roblox Kini Boleh Dimainkan Setelah 3 Hari Mengalami Masalah

Hujung minggu lalu, selama tiga hari, Roblox telah mengalami masalah dan kesemua pemain di seluruh dunia tidak dapat mengakses game sandbox itu.

Kini, sejak pagi tadi, Roblox telah kembali pulih sepenuhnya dan pemain sudah boleh memainkannya seperti sedia kala.

Berita pemulihan ini diumumkan mereka di Twitter pada jam 7.33 pagi tadi (waktu Malaysia), sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah sabar menunggu.

Sebelum itu, sekitar jam 3.59 pagi, mereka mendedahkan yang server Roblox telah dibuka semula secara berperingkat mengikut rantau.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada The Verge, pihak Roblox menyatakan punca kepada kelumpuhan ini adalah berkait perkembangan bilangan server dalam pusat data mereka dan tidak bersedia kepada trafik luaran puncak atau sesuatu pengalaman yang seumpamanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Roblox, David Baszucki pula berjanji untuk menerbitkan keputusan bedah siasat terhadap isu ini dalam masa terdekat, dan akan terus mengambil langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Amy Hennig Dan Studionya Sedang Bikin Game Marvel, Action-Adventure Berteraskan Naratif

Honor of Kings: World Diumumkan, Open-World RPG Berdasarkan Game Mobile MOBA Popular