Tripwire Interactive sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa game Road Redemption akan hadir ke Nintendo Switch bersama dengan trailer terbaru.
Kini, mereka telah mengumumkan yang game ini akan dikeluarkan juga ke PS4 dan Xbox One pada tahun ini. Walau bagaimanapun tarikh tepat pelancaran masih belum diumumkan.
Road Redemption ialah game pertempuran yang menggunakan kenderaan laju di mana pemain akan mengetuai geng biker di Amerika dalam pengembaraan “road rage”. Bersaing dalam perlumbaan, lakukan pembunuhan dan rompakan serta mengumpul barang-barang berharga dalam mode single-player. Atau pemain boleh menyertai mode multiplayer yang menawarkan split screen empat pemain sama ada melalui local atau online.
Projek ini pada mulanya dibiayai melalui kempen Kickstarter, game ini telah dikeluarkan di Steam dan juga mensasarkan untuk dikeluarkan di Wii U. Namun, penerimaan yang kurang terhadap Wii U telah membuatkan game ini dibawa terus ke Nintendo Switch.
Comments
Loading…