in , , ,

RM7,000 Jadi Rebutan Dalam Pertandingan FIFA 19 Di Nusajaya, Johor – Daftar Sekarang!

Wahai geng-geng FIFA di sekitar Johor, ini ada pertandingan terbaik untuk korang! Hadiah lumayan!

Marina Walk Puteri Harbour dan JByte Gaming Studio bakal menganjurkan satu pertandingan FIFA 19 pada akhir bulan November ini — menawarkan hadiah kemenangan keseluruhan sebanyak RM7,000!

Berikut ialah butiran yang korang perlu tahu tentang acara ini:

  • Nama Acara: Marina Walk Playstation 4 FIFA 19 Challenge
  • Lokasi: Puteri Harbour Marina Walk, Nusajaya, Johor (Google Map)
  • Tarikh: 24 & 25 November 2018
  • Masa: 10 pagi hingga 5 petang
  • Yuran Pendaftaran: RM20
  • Hadiah Kemenangan:
    – Juara: RM3,000
    – Naib Juara: RM1,500
    – Tempat Ketiga: RM750
    – Tempat Keempat: RM300
    – Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM150 setiap pemain

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati Facebook Event pertandingan ini, atau boleh terus daftar di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Dilaporkan Mempatenkan Controller Yang Mempunyai Touchscreen – Controller Untuk PS5?

5 Pengumuman Yang Mungkin Akan Diumumkan Di Acara Microsoft XO18