Dengan hadiah kemenangan sebanyak ini, takkan korang nak biarkan ia berlalu begitu saja?
Pada hujung minggu ini, Flash Vision dan RoKu e-Sports Team
dengan kerjasama WEPES Malaysia E-League akan menganjurkan satu pertandingan PES 2019 di kotaraya Kuala Lumpur. Hadiah kemenangan terkumpul yang menjadi rebutan adalah cukup lumayan, iaitu sebanyak RM7,000!
Berikut adalah butiran yang perlu korang tahu tentang acara ini:
- Nama Acara: FG Series PES 2019
- Lokasi: Quill Convention Center, Kuala Lumpur
- Tarikh: 15 dan 16 Disember 2018
- Masa: 10 pagi hingga 10 malam
- Yuran Pendaftaran: RM15
- Slot: 128 Pemain
- Hadiah Kemenangan:
– Juara: RM1,500 + Medal + Anda Seat Gaming Chair
– Naib Juara: RM750 + Medal + AOC 24inch Monitor
– Tempat Ketiga: RM550 + Medal + Armaggeddon Gaming Headset
– Tempat Keempat: RM400
– Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM200 setiap pemain
Kalau berminat, korang boleh terus daftarkan nama di pautan ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman Facebook ini.
Comments
Loading…