in

Rise of the Tomb Raider: Tarikh Di PC Telah Diumumkan!

Akhirnya Square Enix telah mengumumkan tarikh untuk Rise of the Tomb Raider dan Collector’s Edition bagi PC!

Rise-Of-The-Tomb-Raider-03Rise of the Tomb Raider bakal dipasarkan mulai 28hb Januari untuk Windows 10 dan bakal mendapat sokongan dalam resolusi 4k! Memang berita gembira untuk gamers di PC!

Versi digital boleh diperolehi melalui Steam, Windows Store, Amazon dan Square Enix e-store. Terdapat 2 versi digital di Steam iaitu

  • Standard Edition (RM 190.00)
  • Digital Deluxe Edition (RM 280.00)

Season Pass bagi Rise of the Tomb Raider pula akan berharga RM 95.00

Rise-Of-The-Tomb-Raider-figurineBagi versi Collector’s Edition, korang boleh mendapat

  • Figurin Lara Croft setinggi 12 inci
  • Replika journal milik Lara Croft
  • Rantai Jade
  • Steel case

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bintang NFL Travel 3 Jam Untuk Sahut Cabaran Bermain FIFA 16, Menang Besar 9-1!

Steam: Jualan Games Paling Top Pada 2015!