Siapa ingat fighting game Rising Thunder?
Kalau korang peminat fighting game, mesti korang kenal Rising Thunder, fighting game indie hasil kerja Seth Killian dan studio developer Radiant Entertainment – sebelum mereka dibeli Riot Games pada tahun 2016.
Breaking: EVO founder and Riot employee Tom Cannon has confirmed the worst kept secret in gaming – Riot is officially working on a fighting game, the first game outside of League of Legends for Riot pic.twitter.com/P3BGaVs4u4
— Rod Breslau (@Slasher) August 2, 2019
Terbaru, Tom Cannon (pengasas Radiant Entertainment, pengasas EVO) telah mengesahkan mereka sedang membangunkan sebuah fighting game untuk Riot Games.
Ini semestinya menarik perhatian kitorang kerana Riot Games terkenal dengan satu-satunya game paling popular mereka – League of Legends. Fighting game ini dilihat sebagai kayu pengukur kemasukan Riot ke dalam dunia FGC pula selepas kejayaan LoL di dalam MOBA.
Tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini, bagaimanapun jika ianya bangkit daripada Rising Thunder, kitorang mengharapkan dunia Real Steel lakonan Hugh Jackman dapat direalisasikan dalam bentuk fighting game baru! Peh!