in , , , ,

Riot Games Bawakan Karakter Siri Netflix, Arcane Ke Dalam Among Us

Siri animasi pertama terbitan Riot Games, Arcane, yang kini disiarkan di Netflix, mendapat pujian melambung dari para penonton dan pengkritik.

Selain Arcane itu sendiri sememangnya satu kandungan yang sangat baik, kejayaannya berpunca juga dari promosi bagus yang dijalankan Riot, terutamanya dalam menampilkan promosi rentas media dan platform.

Antara terbaharu, beberapa item bertemakan dari Arcane telah dibawakan ke dalam Among Us. Cosmicube Arcane akan memberikan beberapa kosmetik menarik berdasarkan siri Netflix itu, iaitu:

  • Rambut Heimerdinger
  • Misai Heimerdinger
  • Sut Heimerdinger
  • Poro Heimerdinger
  • Topi Keledar Penguat Kuasa
  • Baju Perisai Penguat Kuasa
  • Topi Caitlyn
  • Pakaian Seragam Caitlyn
  • Rambut Vi
  • Pakaian Vi
  • Rambut Jinx
  • Gogal Jinx
  • Pakaian Jinx
  • Rambut Jayce
  • Sut Council Jayce
  • Chomper
  • Gogal Claggor

Semua item ini boleh didapati melalui sistem Cosmicube Among Us. Cosmicube ialah sistem kosmetik yang boleh diaktifkan dalam game. Pemain boleh membeli Cosmicube bertema, mengaktifkannya untuk mendapatkan Pod melalui gameplay, dan menggunakan Pod tersebut untuk mengaktifkan kosmetik melalui sistem laluan bercabang dalam Cosmicube tersebut.

Semua kosmetik adalah visual semata-mata dan tidak mempunyai apa-apa kesan kepada gameplay.

Cosmicube Arcane hanya akan tersedia untuk dibeli di store Among Us mulai sekarang hingga 31 Disember 2021. Setelah pemain membeli Cosmicube, keupayaan untuk mengaktifkan kosmetik di dalamnya dan semua item akan tersedia selama-lamanya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran

Far Cry 6: Boleh Beli or Boleh Blah!?

2 Game Spin-Off League of Legends Kini Dilancarkan, Riot Umum 2 Lagi Untuk 2022