in ,

Ringgit & Rupiah Kayakan Mobile Legends – Pendapatan Game Ini Kini Cecah RM808 Juta

Kutuk-kutuk Indonesia & Mobile Legends, tapi kasih sayang tetap utuh. Wang ringgit jadi bukti.

Pendapatan game mobile bergenre MOBA daripada Moonton, Mobile Legends telah dilaporkan melepasi USD200 juta (RM808 juta) secara keseluruhan di seluruh dunia.

Laporan daripada Sensor Tower menyatakan 3 buah negara yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan ini ialah Malaysia dengan 21 peratus, Indonesia dengan 19 peratus dan Amerika Syarikat dengan 12 peratus.

Bermakna, daripada jumlah USD200 juta itu, para pemain Malaysia telah membelanjakan USD42 juta (RM170 juta), manakala para pemain Indonesia pula telah membelanjakan USD38 juta (RM154 juta) ke dalam game Mobile Legends ini.

Jumlah pendapatan keseluruhan ini dianggarkan dari game ini pertama kali dilancarkan pada tahun November 2016 sehingga 19 Julai 2018.

Laporan ini turut menyatakan yang disebabkan game ini popular di rantau ini, di mana pengguna Android lebih ramai berbanding iOS, pendapatan ini merangkumi 79 peratus daripada Google Play Store dan 29 peratus daripada App Store.

Kesimpulan ringkas yang boleh diperkatakan, gaduh-gaduh sesama kita pun tak guna. Nak ganyang lawan, beli karakter macam-macam. Pembangun game juga yang kaya.

Jadilah gamer yang tidak toksik kepada komuniti.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Dan Lokasi Pertandingan Esports Di Sukan Asia 2018 Indonesia Telah Diumumkan

Ibu Bapa Seluruh Dunia Kini Melantik Jurulatih Fortnite Untuk Ajar Anak-Anak Mereka