in , ,

Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an Yang Ada Splitscreen? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo

Masih ingat lagi kenangan kita bermain game racing pada zaman 1990-an? Hentikan berkenang-kenangan itu kerana nostalgia itu boleh korang kembalikan melalui game ini.

Memperkenalkan Horizon Chase Turbo, sebuah game racing dengan gaya dan grafik retro 16-bit, berinspirasikan daripada game-game arcade yang pernah ada ketika era 80-an dan 90-an.

Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo

Gaya dan inspirasinya mungkin bertemakan retro, namun kandungannya diberikan dengan nafas moden. 32 buah kereta untuk di-unlock, 109 trek di 48 lokasi untuk dimainkan — semuanya dalam visual 60 fps.

Apa yang paling menarik tentang game ini ialah akan menampilkan split-screen multiplayer sehingga 4 orang pemain! Ya berlumba bersama rakan atau ahli keluarga di sebelah — macam dulu-dulu!

Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo

Jom layan trailer Horizon Chase Turbo:

Scry Soft dan Aquiris Game Studio telah mengumumkan bahawa Horizon Chase Turbo Deluxe Edition (versi fizikal PS4) akan dilancarkan ke Malaysia pada 28 Julai ini. Deluxe Edition ini akan didatangkan bersama dengan DLC Summer Vibes.

Nak tahu game ini seronok atau tidak? Nantikan reviu JomGaming tidak lama lagi!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Hideo Kojima Mengacah Tentang Rekaan Awal Game Baru - Sekuel Death Stranding?

Hideo Kojima Mengacah Tentang Rekaan Awal Game Baru – Sekuel Death Stranding?

Tarikh Pelancaran Baru No Straight Roads Diumumkan, Bersedia Untuk Muzik Rock Ogos Ini

Tarikh Pelancaran Baru No Straight Roads Diumumkan, Bersedia Untuk Muzik Rock Ogos Ini