Siapa saja tak kenal Pikachu yang comel ini, lagi-lagi dilakon-suarakan oleh Ryan Reynolds yang terkenal sebagai Deadpool? Dapat pula tengok secara live action memang gempak habis!

Penulis dijemput untuk premiere screening dan Pika Party untuk mendapatkan feel lebih dalam dunia Pokemon! Tak terasa pun filem yang dikeluarkan oleh Warner Brothers, Legendary Pictures dan Pokemon Company ini berjalan selama 1 jam dan 45 minit. Reviu ini tidak mempunyai spoiler, jadi, bolehlah check-out kalau rasa ngam nak tengok bermula 8 Mei 2019!

Penulis dpat minum 3 cawan kopi bersama Maikochu, Pikachu betina dari Kyoto.

Plot Sinopsis

Berdasarkan video game Detective Pikachu, filem ini mengambil tempat di Ryme City, bandar yang mengamalkan kehidupan bersama Pokemon dan manusia 20 tahun selepas filem pertama pokemon, Mewtwo Strikes Back pada tahun 1998.

Manusia dan Pokemon hidup sekali di dalam Ryme City.

Tim Goodman adalah protagonis dilakonkan oleh Justice Smith berada dalam misi misteri untuk mencari ayahnya yang hilang bersama Pikachu yang satu ketika dahulu partner kepada bapanya, Det. Harry Goodman.

Disebabkan Harry boleh memahami percakapan Pikachu, mereka berkerjasama untuk menyelesaikan misteri yang melanda Ryme City sambil mencari bapa Tim.

Pikachu di dalam video game Detective Pikachu.

Setelah mengetahui tentang kemalangan ayahnya, Tim bertemu dengan rakan sekerja bapanya Det. Yoshida yang dibintangi oleh Ken Watanabe bersama Snubull, pokemon anjing dan kemudian bertembung bersama Lucy, seorang wartawan dari bandar tersebut dilakonkan oleh Kathryn Newton yang mempunyai seekor pokemon itik iaitu, Psyduck.

Pengembaraan epik ini merangkumi dari kawasan perkampungan, bandar canggih, kehidupan bawah tanah, menjadi amat mengagumkan melihat bagaimana manusia dan pokemon berkerjasama sekali dalam rutin kehidupan harian.

Watak Karekter dan Pokemon

Ramai tidak boleh menerima Ryan Reynolds berlakon sebagai Pikachu kerana sudah terbiasa dengan Pikachu Ash yang comel dan cheeky tetapi bagi penulis, Pikachu ini berjaya menyinar sebagai Pikachu yang memiliki keunikan tersendiri. Memang dapat nampak ekspresi muka Ryan Reynolds di Pikachu yang gebu furry ini apatah lagi dengan telatah Pikachu tersebut.

Justin sebagai Tim Goodman amatlah on point dari segi lakonan dan penyampaian beliau sehingga mencucuk hati penulis sehingga sebak di beberapa babak yang ditunjukkan. Sinergi antara Tim dan Pikachu amatlah mempersonakan sampai penulis teringat kucing di rumah, sambil bermimpi kucing penulis itu adalah seekor Pokemon.

Octilerry, pokemon sotong yang sedang masak Takoyaki sambil Pikachu dan Tim bersembang.

Walaupun Kathryn adalah pelakon yang baru, lakonan beliau sebagai Lucy pula mempunyai penampilan yang memang tepat seperti seorang Pokemon Trainer yang stereotype di dalam mana-mana video game Pokemon termasuklah Pokemon Go tanpa over-shadowing watak utama. Avatar penulis pun kelihatan seperti Lucy sudah bertahun lama okay! Bangga tau ada karakter copy style yang sama.

Diplo, seorang produser dan DJ terkenal dari zaman 2010 juga menjadi tetamu undangan untuk memantapkan lagi scene perlawanan Pokemon! Dengan dia yang ber-DJ, sememangnya hype habis!

Diplo, sebelah kanan dan MC sedang curate perlawanan Pokemon.

Pokemon-pokemon yang ditunjukkan sememangnya lain daripada expectation dalam anime termasuklah lakonan suara. Comelnya suara Bulbasaur dan Psyduck walaupun dalam anime mereka kelihatan agak kasar di dalam 2D. Selain Pikachu, pokemon lain hanya mampu membuat bunyi yang hampir sama kepada nama mereka tetapi, ekspresi muka dan penggunaan tona suara cukup untuk menyampaikan perasaan Pokemon tersebut.

Apabila ‘bae’ mengurut kaki.

Waktu melihat trailer pertama filem ini, penulis berasa ragu-ragu untuk menerima Pokemon yang berbulu-bulu dan bersisik namun apabila menonton filem ini, wah! Memang padan dengan persekitaran dunia tersebut!

Cerita Penuh Aksi, Lawak & Moral yang Manis

Filem ini memang sesuai untuk seisi keluarga walaupun tidak mengikut francais Pokemon dari asal. Ia adalah bonus dan nostalgia kepada peminat Pokemon melihat karenah Pokemon di dalam dunia ini. Segala apa yang ada dalam 3 trailer yang disajikan ada di dalam filem ini, kalaulah terdapat lebih banyak lagi perlawanan antara Pokemon mesti lebih gempak!

10 minit pertama adalah seperti ‘basic tutorial’ untuk mereka tidak tahu konsep ‘Pokemon’. Jalan penceritaan agak biasa dan sedikit mudah dijangka tetapi pelbagai twist membuat penulis ternganga seperti surprised Pikachu, dan ada lagi twist yang membuat penulis hampir tarik rambut nak naik gila seperti Psyduck. That is verrry twisty, bak kata Pikachu.

Paling menarik, tidak terdapat terlalu banyak plot-holes yang membingungkan, melainkan korang seorang analis pokemon tegar, kemungkinan beberapa aspek akan dipersoalkan contoh; pokemon paling noob boleh menjadi paling OP!

Bagi penulis, filem ini adalah borderline kepada rating R tetapi disebabkan Pokemon adalah untuk umum, banyak lawak yang beraroma dewasa yang selamat untuk kanak-kanak tidak faham dan pelik mengapa mak bapak diorang gelak. #ReleaseTheRRatedVersion

Sinematografi, Visual dan Audio Yang Mantap

Adegan lawan Gengar dan Blastoise di dalam arena seperti di dalam trailer menggunakan ‘Shadow Ball’ amatlah mengagumkan, terbeliak penulis melihat Gengar menggunakan pergerakan tersebut yang lebih impak dan imersif dari dalam video game asal. This is how you make a live action, adapt and improve. CGI dan visual sememangnya boleh meletakkan filem ini dicalonkan dalam kategori VFX. Pengunaan efek yang bukan biashe-biashe.

Gengar menggunakan ‘ Shadow Ball’ di dalam perlawanan.

Penggunaan bunyian paling ikonik adalah tema original Pokemon yang digubah lebih moden, paling penting dapat dengar Pikachu menyanyikan sebahagian daripadanya! Beberapa soundtrack dari game asli Pokemon diterapkan sekali. Cuma lagu-lagu dalam trailer seperti ‘I need a Hero’ dan ‘Wonderful World’ tidak ada di dalam filem ini.

Seluruh bandar Ryme dibina bertema pokemon, banyak easter egg dan reference dari siri Pokemon boleh dijumpai hampir di setiap frame. Kena tengok dua kali rasanya baru dapat spot kesemua. Tips; seriously, banyak klu dalam senario yang biasa senang dilepas pandang yang mengikatkan konklusi filem ini lebih kukuh.

Sedihnya tidak ada tayangan 3D sebab kalau penulis nak tengok lagi sekali, semestinya nak merasakan kegempakan visual tersebut.

Pikaaaa…pi? Baloi tak nak pergi tengok?

Penulis tidak pernah main video game Detective Pikachu kerana tidak mempunyai 3DS tetapi pernahlah tengok walkthrough game ini sedikit beberapa tahun yang lepas. Storyline tak berapa nak dijangka tapi cukup mengagumkan untuk sebuah filem one-shot yang ringkas.

Sememangnya filem ini best untuk ditonton di pawagam untuk audionya. Filem ini dipenuhi shot-shot yang dramatik dan kreatif. Walaupun penulis tonton di panggung wayang IMAX 2D, penulis masih menunggu release DVD disebabkan frame rate yang ditayangkan kurang umph.

Kalau korang suka tengok video bintang comel dan komedi, filem ini adalah sempurna dengan adanya pokemon-pokemon yang membuat rasa macam nak gigit jari sebab comel dia over terlampau (dan banyak juga Pokemon yang power).

Dari sudut pemandangan peminat Pokemon yang tegar, filem ini adalah segala impian masa penulis masih kecil 20 tahun dulu dan sememangnya tidak menghampakan. Namun skrip tidaklah pokemon centric sangat dan lebih kepada jalan penceritaan di mana visual adalah pengganti kepada aspek yang ‘fan’ mahu.

Penulis masih lagi senyum dari detik masuk wayang hingga pulang ke rumah menulis artikel ini sampai sahur terfikir ending dia best… dan juga barangan yang didapati dari preview Pika Party malam semalam!

+ Sesuai untuk seisi keluarga
+ Tidak perlu bermain video game Pokemon untuk memahami
+ Kelakar dan sweet, moral yang baik
+ Tiada kegantungan cerita yang menyiksa jiwa
+ Audio dan visual mengagumkan
+ Plot twist dia very twisty
+ Perfect untuk peminat kasual dan tegar pokemon

  Tak cukup aksi pertempuran Pokemon
  Tidak semua Pokemon dari Gen 1 boleh dilihat
  Kesuluruhan plot cerita simple dan sedikit expected (obviously kalau pernah main game dia)
  Tiada tayangan 3D di Malaysia

JomKomen!