in , , ,

Review Liyla and the Shadows Of War – Game Buatan Palestin Yang Menyelami Perang Gaza 2014

Serangan rejim Zionis yang telah menyerang rakyat Palestin di Gaza pada bulan Mei lalu sememangnya membuatkan dunia seluruhnya mengecam tindakan rejim tersebut.

Namun, itu bukanlah kali pertama rejim Zionis menyerang umat Islam Palestin. Pada tahun 2014, umat Islam Palestin telah menghadapi peristiwa perang selama 51 hari yang mengorbankan ramai nyawa yang tidak bersalah tidak kira usia dan jantina.

Walaupun media-media utama antarabangsa cuba menyekat kebenaran peristiwa tersebut, itu tidak dapat menghalang mereka yang mahu menegakkan kebenaran dengan pelbagai jenis platform media termasuklah video game.

Rasheed Abueideh, salah seorang pembangun dan pereka telah menghasilkan Liyla and the Shadows of War pada tahun 2017 ingin membawa pemain merasai bagaimana rakyat Palestin berdepan dengan peristiwa pahit perang 51 hari itu.

Pemain akan mengawal watak seorang ayah yang sedang mencari jalan pulang untuk mendapatkan isteri dan anak perempuannya. Pemain boleh lompat, bergerak ke kiri dan ke kanan. Dan pada masa tertentu, pemain perlu melakukan aksi khas seperti menolak barang.

Semasa dalam perjalanan pulang, pemain perlu menyelesaikan sedikit puzzle dan paling penting perlu mengelak peluru-peluru sesat, peluru roket dan white phosphorus yang mampu membunuh pemain. Adakalanya, pemain perlu membuat pilihan dialog yang mampu memberi kesan kepada babak tersebut. Walaupun gameplay-nya mudah dan menarik, penulis mengharapkan durasi masa bermain ditambah sedikit supaya pemain boleh mendalami lagi peristiwa 51 hari itu.

Efek bunyi dalam game ini boleh penulis katakan memang memberi impak besar kepada gameplay. Bunyi dentuman kuat dari roket, jeritan kanak-kanak dan bunyi kesan runtuhan bangunan serta siren kenderaan sememangnya membuatkan penulis seperti betul-betul mengalami peristiwa itu. Muzik Cold yang dihasilkan oleh Jorge Mendez di pengakhiran juga menyayat hati.

Mengambil inspirasi dari game seperti Limbo sememangnya sesuai dengan tema yang ingin disampaikan dalam Liyla and the Shadows of War. Penggunaan warna hitam dan putih menggambarkan situasi perang yang membawa kemusnahan. Imej-imej runtuhan bangunan, kenderaan rosak, tiang elektrik yang tidak berfungsi semuanya menambahkan kesan visual kepada permainan.

Kalau korang berminat untuk main game ini, korang boleh muat turun secara percuma sahaja di Google Play Store dan App Store.

Walau bagaimanapun, bagi korang yang ingin bermain game ini sambil mengumpulkan dana kepada tabung kemanusiaan Gaza yang diuruskan oleh United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), korang boleh menyumbang kepada satu bundle ini di itch.io. Untuk maklumat lanjut mengenai bundle itu, korang boleh baca artikel ini.

+ Gameplay yang mudah dan jalan cerita yang menyayat hati
+ Efek bunyi yang memang berkesan dan bagus
+ Penggunaan grafik yang bersesuai dengan tema yang disampaikan

– Durasi masa bermain yang agak pendek

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Berjudul ‘Battlefield 2042’, Sesi Beta Bulan Ini

Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun

Valorant Akan Dilancarkan Untuk Platform Mobile, Kini Memiliki 14 Juta Pemain Bulanan