Adakah ciri Dual Chamber ini mampu memberikan perbezaan dengan headset-headset HyperX yang terdahulu? Boleh Beli or Boleh Blah!? Jom Baca!
Spesifikasi Teknikal
Pemacu Speaker
- Frekuensi: 13Hz – 27,000Hz
- Impedans: 65Ω
- Diameter: 50mm
- Material: Magnet Neodymium
Mikrofon
- Kepekaan: -43dBV (0dB = 1V/Pa, 1kHz)
- Noise-canceling
Ukuran/Berat
- Berat: 298g
- Berat dengan mic & kabel: 336g
- Kabel: 1.3m
- Kabel tambahan untuk PC: 2m
Kingston HyperX Cloud Alpha bersesuaian untuk digunakan bagi pelbagai platform seperti PC, PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga telefon pintar.
Kingston masih lagi mengekalkan ciri-ciri headset yang menawan.
Sekilas pandang, pasti sudah ramai dapat mengenali headset ini adalah dari siri HyperX. Dengan rekaan yang ringkas dan kemas, tema merah dan hitam pastinya akan menarik minat ramai orang. Maaf kepada penggemar pencahayaan RGB, headset terbaru dari Kingston ini masih tidak mempunyai kebolehan tersebut.
Selain mengekalkan tema dalam siri headset HyperX, Kingston turut mengekalkan kualiti dari segi binaan. Kerangka aluminium yang digunakan untuk Cloud Alpha masih terasa cukup kuat dan tahan walaupun ianya kini dironggakan dibeberapa bahagian. Kami menyangka ini untuk mengurangkan berat tetapi headset ini adalah 10 gram lebih berat daripada Cloud II. Aneh tapi benar.
Walaupun sedikit berat berbanding Cloud II, headset Kingston HyperX Cloud Alpha ini masih memberikan keselesaan kepada pengguna khususnya dalam sesi gaming. Ini kerana memory foam yang diguna pada headset ini cukup lembut dan tidak memanaskan telinga jika digunakan secara berpanjangan.

Kalau semua sama, apa yang baru dengan HyperX Cloud Alpha?

Kingston HyperX Cloud Alpha telah dicipta dengan rekaan baru yang dipanggil Dual Chamber. Ini membolehkan penghasilan bunyi yang lebih jelas dan jitu dengan mengasingkan nada rendah, tengah dan tinggi di kawasan yang tersendiri.
Suatu inovasi yang menarik memandangkan ia satu rekaan yang ringkas dan tidak memerlukan pengguna membayar pada harga yang premium yang mencecah beribu-ribu Ringgit.

Satu lagi rekaan menarik yang akhirnya dibawa ke siri headset HyperX ialah kabel yang boleh tanggal. Ciri ini boleh mengelakkan kemalangan yang boleh merosakkan headset jika tersentap dan ianya memudahkan untuk penyimpanan andaikata pemilik ingin membawanya kemana-mana. Tidak dilupakan bahawa pengguna boleh melaraskan kekuatan bunyi dan juga mematikan fungsi mic dengan mudah.
Memandangkan Kingston tegar memasukkan idea baru ke dalam rekaan headset gaming mereka, kami berharap mungkin suatu hari siri Cloud mempunyai mekanisma ringkas tapi berguna seperti kebolehan menukar aras bass yang ada siri Bayerdynamics Custom One Pro.
Keputusan – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kingston HyperX Cloud Alpha sememangnya sangat berbaloi pada harganya memandangkan ia mampu memberikan pengalaman audio yang memuaskan dan juga keselesaan pada pengguna. Penulis berasa lega kerana walaupun siri HyperX ini telah dikenali ramai, kualiti binaan dari siri HyperX Cloud masih lagi diteruskan. Jika bajet untuk headset gaming korang sekitar RM400, headset ini sememangnya satu pilihan yang berbaloi-baloi.
+ Prestasi audio yang memuaskan. Chamber berkembar beb!
+ Binaan yang tegap dan selesa
+ Didatangkan dengan aksesori tambahan seperti kabel & bekas penyimpanan
– Tiada USB soundcard seperti HyperX Cloud II.
– Kualiti audio mic yang sederhana
Comments
Loading…