Semasa dilancarkan pada tahun 2014, Assassin’s Creed Unity boleh dikatakan sebagai antara game dari francais ini yang menerima review yang paling teruk. Salah satu puncanya ialah disebabkan terlalu banyak bug dan glitch semasa pelancaran.

Terbaru, Ubisoft telah memberikan game ini secara percuma bagi bersolidariti terhadap insiden kebakaran Katedral Notre Dame di Paris, Perancis. Ubisoft ingin memberi peluang kepada para pemain merasai kecantikan katedral tersebut yang ada dimasukkan ke dalam Assassin’s Creed Unity.

Kini, walaupun pemberian percuma itu hanya boleh didapati di Uplay, para pemain telah “menyerang” laman review Assassin’s Creed Unity di Steam dengan memberikan maklum balas positif serta pujian kepada Ubisoft. Menurut Kotaku, sejak pemberian percuma tersebut, ia telah menerima lebih daripada 800 review dan boleh dikatakan semuanya adalah positif.

Kalau korang masih belum mendapatkannya, korang masih ada peluang untuk bermainnya secara percuma di PC.

Mengapa Ubisoft memberikan Assassin’s Creed Unity secara percuma? Hal ini kerana game ini menggunakan latar belakang Revolusi Perancis yang berlaku dari tahun 1789 hingga 1799. Dalam game ini, pemain boleh masuk ke dalam Katedral Notre Dame — bangunan yang direkacipta ke dalam game ini hampir 100% tepat dengan bangunan sebenar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.