in

Respawn Sahkan Sedang Membangunkan Sebuah Game Single-Player Adventure Serba Baharu

Ada sesuatu yang menarik sedang dibikin oleh pembangun francais Titanfall, Apex Legends dan Star Wars Jedi: Fallen Order itu.

Sebuah game single-player adventure serba baharu dari Respawn Entertainment kini sedang dalam pembangunan fasa awal. Perkara ini disahkan oleh pengarah kreatifnya, Mohammad Alavi yang mengiklankan di Twitter jawatan-jawatan kosong yang kini sedang dibuka oleh studio tersebut.

Antara pembangun yang Respawn kini sedang cari adalah Lead Technical Game Designer, Senior Technical Game Designer, Senior Combat Designer dan Senior Level Designer.

Tidak banyak yang dapat kita korek tentang game serba baharu ini daripada deskripsi jawatan-jawatan itu, selain hanya menyatakan tugas-tugas dan kriteria-kriteria yang umum.

Tentunya kita hanya berspekulasi tentang apakah game yang sedang mereka bangunkan. Titanfall 3, single-player Apex Legends, atau sekuel Star Wars Jedi: Fallen Order? Atau sebuah francais baharu? Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain Animal Crossing Reka Semula Kostum Kontinjen Olimpik Malaysia Inspirasi Hang Tuah Dalam Game

Siri Live-Action Pokemon Dilaporkan Sedang Dibikin Oleh Netflix