Respawn Entertainment telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan sebuah game baharu dengan IP baharu dari dasarnya.
Perkara ini didedahkan melalui jawatan kosong yang diiklankan oleh Respawn di laman web rasminya. Jawatan ‘Incubation Team Software Engineer’ dideskripsikan sebagai ‘Software Engineer untuk menyertai pasukan inkubasi padat yang sedang membangunkan satu IP serba baharu’.
Dalam kata lain, Respawn sedang membangunkan sebuah game dari satu francais baharu — bukan yang berkaitan dengan Titanfall, bukan Apex Legends, bukan Star Wars: Jedi Fallen Order atau mana-mana francais yang pernah mereka bikin.
Jawatan ini turut dikongsikan oleh Ketua Respawn, Vince Zampella, dan pengaturcara Respawn, Steven Kah Hien Wong di Twitter masing-masing.
Apa agaknya game yang sedang Respawn bangunkan? Adakah shooter seperti Titanfall dan Apex Legends, atau game single-player seperti Star Wars: Jedi Fallen Order — atau genre juga baharu yang belum pernah mereka bangunkan?
Comments
Loading…