Respawn Entertainment pada waktu ini mungkin adalah antara studio pembangunan paling disayangi ramai kerana tiga buah game terakhir mereka — Titanfall 2, Apex Legends, dan Star Wars Jedi: Fallen Order — telah menyajikan kualiti yang cukup tinggi.
Ramai yang sedang menantikan apakah projek seterusnya daripada Respawn, dan kita mungkin telah mendapat sedikit info tentang perkara ini.
Respawn kini sedang membuka permohonan (via Destructoid) untuk mencari staf baharu. Salah satunya ialah jurutera perisian yang menyebutkan: “bakal menyertai pasukan kecil baharu yang sedang dibentuk untuk membangunkan IP serba baharu.”
Dalam kata lain, Respawn kini sedang membentuk sebuah pasukan baharu yang akan memfokuskan kepada projek baharu daripada satu IP baharu yang mereka masih belum umumkan. Tentunya, kita tidak boleh menjangkakan apa-apa daripada info yang cukup sedikit ini, namun sekurang-kurangnya kita tahu bahawa mereka sedang membangunkan sebuah game serba baharu.
Sama-sama kita nantikan apakah projek mereka seterusnya ini.
Comments
Loading…