in , , ,

Respawn Entertainment Buka Studio Baru Khas Didedikasikan Untuk Apex Legends

Tahun 2019 menyaksikan salah satu kejutan terbesar dalam gaming ialah pelancaran Apex Legends. Lebih daripada setahun ia dilancarkan, game battle royale ini terus mengukuhkan tapaknya.

Respawn Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka studio keduanya di Vancouver, Kanada — sebuah studio yang khas didedikasikan untuk menjaga dan menyokong Apex Legends.

Berita ini didedahkan oleh COO Respawn, Dusty Welch dalam temubual bersama GamesIndustry.

Kampus EA Vancouver yang sedia ada akan dibangunkan untuk menjadi studio Respawn yang baharu — diketuai oleh Henry Lee (ketua operasi), Steven Ferreira (pengarah pasukan), dan Chad Grenier (pengarah game) — serta merancang untuk mengambil kira-kira 80 staf.

Untuk studio asal Respawn di California, Amerika Syarikat, pula masih belum didedahkan apakah game yang akan mereka fokus untuk bangunkan. Laporan beberapa hari lalu ada mengatakan yang Respawn tidak merancang untuk membangunkan Titanfall yang baharu.

Kemungkinan besar mereka akan membangunkan game seterusnya dalam francais Star Wars Jedi selepas game pertamanya Fallen Order menjadi satu kejayaan besar yang tidak disangka. Atau mungkin membangunkan sebuah game baharu yang belum diumumkan.

Star Wars Jedi: Fallen Order Takkan Ada 'Fast Travel', Respawn Jelaskan Kenapa

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

GTA Online Menjadi Sesak, Mengalami Gangguan Selepas Diberikan Percuma Di Epic Games Store

Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Controller PS5, DualSense Mampu Beri Pemain Rasa Sentuhan Titisan Hujan, Cuaca Dalam Game