in , ,

Respawn Entertaiment, Tencent Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Apex Legends Mobile

Apex Legends Mobile dijadualkan akan dilancarkan pada tahun ini untuk Android dan iOS, namun EA dan Respawn Entertaiment masih belum bersedia mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.

IGN India telah melaporkan bahawa mereka telah menerima info daripada beberapa sumber yang mengatakan Apex Legends Mobile sedang dibangunkan oleh Tencent, dan Respawn bertindak sebagai penyelia.

Kerjasama ini boleh dikatakan seumpama dengan apa yang dilakukan untuk Call of Duty Mobile yang mana Tencent mengetuai pembangunan game tersebut dan Activision menjadi penyelia.

Laporan ini turut mendedahkan apakah spesifikasi yang diperlukan untuk memainkan Apex Legends Mobile. Untuk iOS, A11 Bionic ke atas diperlukan, bermakna iPhone 8 dan ke atas berupaya untuk bermain game battle royale ini. Untuk Android pula, Snapdragon 625 dan ke atas berupaya untuk memainkannya.

Walau bagaimanapun, IGN India mengatakan yang spesifikasi ini belum muktamad kerana pertukaran spesifikasi di saat akhir merupakan sesuatu yang lazim dalam pembangunan game-game mobile.

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada EA, Respawn ataupun Tencent.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Masih Ingat Dino Crisis? Ini Mungkin Pengganti Yang Kita Cari Selama Ini

Babak Ikonik The Witcher 3 Dicipta Semula, Tapi Dalam Grafik Zaman PS1