Sekuel kepada Resident Evil 7: Biohazard yang dikeluarkan pada 2017, Resident Evil Village telah mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu pada 7 Mei 2021.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Resident Evil Village akan dilancarkan untuk PC, PS5, dan Xbox Series. Melalui livestream yang diadakan Capcom malam tadi, mereka telah mengumumkan yang game ini turut akan dikeluarkan untuk PS4 dan Xbox One.
Seperti kebanyakan game lain, pembeli di konsol generasi lama akan mendapatkan naiktaraf percuma ke konsol generasi terkini masing-masing.
Capcom turut mengumumkan versi demo yang boleh dimainkan sekarang, hanya eksklusif untuk PS5.
Comments
Loading…