in

Resident Evil 8 Dilaporkan Keluar Tahun 2021, Gunakan Pandangan First-Person

Satu laporan terbaharu tentang francais Resident Evil telah muncul, yang mana kali ini ia bukanlah remake atau remastered, tetapi sebuah game serba baharu.

Resident Evil 8 dilaporkan akan dilancarkan pada tahun hadapan dan ia dikatakan akan membawakan pandangan first-person.

Menurut laporan AestheticGamer, game ini pada asalnya adalah spin-off kepada siri Revelations, namun disebabkan Capcom dan playtesters sangat kagum dengan prototaip awal game ini, ia tidak telah diangkat menjadi game Resident Evil yang utama.

Kata laporan ini lagi, game ini mungkin akan membuatkan sesetengah peminat tegar Resident Evil membencinya kerana ia membawakan pandangn first-person serta akan meninggalkan secara serius terhadap jalan cerita, musuh dan lain-lain yang sering ada dalam game ini.

Antara tema besar dalam game ini nanti ialah halusinasi, elemen ghaib, kegilaan dan keinginan untuk tidak percaya kepada orang lain.

Lebih menarik, Resident Evil 8 dikhabarkan akan memiliki keupayaan untuk bermain rentas generasi konsol (cross-gen), bermakna, ia akan dilancarkan untuk konsol generasi masakini dan konsol generasi akan datang, dan pemain dari kedua-dua generasi ini akan boleh main bersama.

AestheticGamer cukup terkenal sebagai pihak yang melaporkan sesuatu yang akhirnya adalah sahih, seperti pemberitahuan awal tentang Resident Evil 3 Remake. Walau bagaimanapun, sebagai satu laporan yang masih lagi berstatus khabar angin, apa-apa boleh terjadi. Jangan terlalu berharap.

Apa pandangan korang? Apakah laporan ini boleh dipercayai?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
4 Game Percuma Boleh Didapatkan Di Epic Games Store Sekarang, Termasuk Totally Reliable Delivery Service

4 Game Percuma Boleh Didapatkan Di Epic Games Store Sekarang, Termasuk Totally Reliable Delivery Service

Watak Dalam The Last of Us Di HBO Didedahkan - Ellie, Riley, Tess, Dan Satu Watak Misteri

Pelakon Nathan Drake: “Saya Lebih Teruja Dengan Siri TV The Last of Us Berbanding Filem Uncharted”