in

Resident Evil 4 Remake Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Capcom

Sebuah laporan telah muncul yang mengatakan Resident Evil 4 Remake sedang dalam pembangunan oleh Capcom, dan dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2020.

Laporan ini diterbitkan oleh VideoGamesChronicle, yang turut menyatakan game ini sedang dibangunkan oleh M-Two, sebuah studio berpangkalan di Osaka, Jepun yang diasaskan oleh Tatsuya Minami, bekas ketua PlatinumGames.

Game ini dikhabarkan sudahpun mulakan pembangunan sejak 2018.

Pengarah asal Resident Evil 4, Shinji Mikami dilaporkan telah menolak untuk mengetuai projek remake ini, tetatpi telahpun memberikan restunya dan menawarkan beberapa nasihat terhadap pengarahan untuk game ini.

Game asal Resident Evil 4 pernah dilancarkan pada 2005 untuk Nintendo GameCube.

Resident Evil 3 Remake yang dilancarkan pada 3 April lalu boleh dikatakan mendapat pujian ramai. Sekiranya laporan pembangunan Resident Evil 4 Remake ini adalah sahih, mampukah ia menandingi kualiti yang sama?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Asia Kembalikan Wang Pemain Yang ‘Tersalah’ Beli Final Fantasy VII Remake

Francais Crysis Akan Dihidupkan Semula Oleh EA? Crytek Mula Mengacah Sesuatu?

Francais Crysis Akan Dihidupkan Semula Oleh EA? Crytek Mula Mengacah Sesuatu?