in , ,

Remedy, Tencent Bekerjasama Untuk Bikin Game Shooter Co-Op Percuma

Dalam satu perjanjian yang tidak disangka, Remedy Entertainment dan Tencent telah mengumumkan kerjasama untuk membangunkan sebuah game serba baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka mengumumkan perjanjian pembangunan global itu akan membikin sebuah game shooter co-op PvE percuma.

Buat masa ini, game ini menggunakan nama kod “Vanguard” (tiada kena mengena dengan Call of Duty: Vanguard).

Game ini digambarkan akan menggabungkan kepakaran naratif dan gameplay aksi Remedy kepada satu pengalaman multiplayer mengasyikkan.

Vanguard akan dibangunkan menggunakan Unreal Engine dan Remedy hanya akan memfokuskan kepada pembangunan untuk platform PC dan konsol. Untuk versi mobile pula, Tencent akan diberikan tanggungjawab penuh untuk membangunkan dan mengedarkannya kelak.

Projek ini didanai oleh kedua-dua syarikat. Studio yang terkenal membangunkan Control itu akan membangunkan sepenuhnya Vanguard dan menerbitkannya untuk pasaran global, kecuali beberapa pasaran Asia terpilih yang akan diterbitkan oleh Tencent (kemungkinan besar pasaran China).

Beberapa pasaran Asia terpilih itu akan mendapat versi khas tempatan yang mana segala kos penerbitan di pasaran itu kelak ditanggung sepenuhnya oleh Tencent.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma Di Epic Games Store Hari Ini Adalah Moving Out

Epic Games Store Beri Percuma Trilogi Tomb Raider, Rise of the Tomb Raider, Shadow of the Tomb Raider