Remedy Entertainment telah mengumumkan kerjasama dengan Rockstar Games untuk membikin semula (remake) game pertama Max Payne dan Max Payne 2: The Fall of Max Payne untuk PC, PS5 dan Xbox Series.
Remedy akan membangunkan remake ini sambil didanai sepenuhnya oleh Rockstar. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik berapakah dana yang diberikan Rockstar, Remedy mengatakan dana projek ini “bersaiz sama dengan produksi tipikal game AAA oleh Remedy”.
Melalui perjanjian ini, Remedy mempunyai peluang royalti selepas Rockstar mendapatkan kembali modal untuk pembangunan, pemasaran, dan kos-kos lain untuk pengedaran dan penerbitan.
Kedua-dua projek remake ini akan dibangunkan dalam Northlight, iaitu enjin yang sama mereka bangunkan Control dan Alan Wake 2.
Tiada tarikh pelancaran diumumkan buat masa ini kerana ini masih lagi dalam peringkat pembangunan konsep.
Seperti yang kita tahu, kedua-dua game pertama dalam francais game itu dibangunkan Remedy dan diterbitkan Rockstar. Untuk game ketiga pula, iaitu Max Payne 3, dibangunkan sepenuhnya oleh Rockstar (tiada dalam projek remake ini).
Comments
Loading…