Ini dah jatuh tahap ketagihan ke macam mana ni?

Menurut laporan The New Indian Express, seorang remaja berumur 18 tahun di Mumbai, India maut apabila menggantung dirinya sehingga mati. Kejadian ini berlaku selepas remaja tersebut bertengkar dengan ibu bapanya kerana inginkan smartphone baru bernilai Rs. 37,000 (~RM2,111.56) untuk memainkan PUBG Mobile.

Kedua-dua ibu bapanya bagaimanapun tidak mempedulikan permintaannya itu, melainkan smartphone tersebut bernilai kurang daripada Rs. 20,000 (~RM1,141.38). Remaja itu kemudiannya ditemui mati tergantung di kipas siling di dapur rumahnya.

Di India, mula terdapat gerakan mengharamkan game PUBG ini di kalangan pelajar kerana ianya disifatkan sebagai menyebabkan ‘ketagihan’ dan menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar merosot.

Nasihat kitorang, tak perlulah diikutkan sangat kehendak nafsu tu.

Smartphone ala-ala pun boleh mainkan PUBG Mobile ini sekiranya diturunkan kualiti grafik. Dan jangan pula bermain sampai tahap ketagihan melampau sebegini – buruk nama gamer-gamer lain yang gaming dengan penuh tanggungjawab dan berhemah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.