in ,

Remaja 13 Tahun Antara Wakil Indonesia Ke Vietnam Untuk Final PES SEA CL!

4 wakil Indonesia ke Hanoi, Vietnam sudah diumumkan, dan apa yang mengejutkan adalah antara mereka adalah remaja berusia 13 tahun!

Rizky-Faidan-The-Champion-1
Rizky Faidan, pemain PES “wonderkid” Indonesia. Sumber gambar: Station-News

Usia bukan penghalang untuk Rizky Faidan, remaja berusia 13 tahun yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Tournament Nasional Pro Evolution Soccer (PES) 2016 di Bandung, Indonesia.

Melalui kemenangan tournament yang dianjurkan oleh PES League Indonesia itu, beliau telah melayakkan diri dan menjadi antara 4 wakil Indonesia yang akan berentap di Hanoi, Vietnam untuk Final PES Champions League Asia Tenggara (SEA CL) kelak.

Rizky, seorang anak jati Bandung, menyertai 3 lagi wakil negara seberang itu yang sebelum ini terlebih dulu telah melayakkan diri, iaitu Ahmad Habibie, Muchamad Lucky Ma’arif dan Batara Riasta Rizki.

All-Player-Going-Hanoi

Kemenangan Rizky bukanlah datang dengan mudah. Apabila menjadi 4 wakil terbaik untuk Bandung, tournament tersebut mengumpulkan pula 4 pemain terbaik dari Surabaya. Bermakna, 4 pemain terbaik Bandung dan 4 pemain terbaik Surabaya telah berentap, dan akhirnya anak muda ini telah dinobatkan sebagai juara.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai tournament yang dimenangi Rizky Faidan ini di laman web Station-News.

Rizky-Faidan-The-Champion-2

Keempat-empat wakil Garuda ini bakal bertarung dengan wakil-wakil terbaik Asia Tenggara dari Thailand, Vietnam dan negara kita Malaysia sendiri.

Timbul persoalan. Siapa pula wakil Malaysia yang bakal membawa nama negara ke pentas rantau ini nanti? Kami sedang bekerjasama dengan PES League Malaysia untuk mengumumkan 4 wakil terbaik negara ini.

Teruskan bersama kami di JomGaming dan nantikan artikel pengumuman kami ini dalam masa terdekat!

JomBaca: PES 2016: Gareth Bale Bakal Menghiasi Muka Hadapan DLC EURO 2016!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Mohon Maaf Kepada Fighter UFC Muslim Selepas Isyarat Kristian Dalam Game

Cakap-Cakap Mengatakan Inilah Rupa Bentuk Controller Nintendo NX!