Lagi beberapa hari dah nak CES 2021, tiris pulak rekaan bagi motherboard keluaran Asus dari siri ROG, MAXIMUS, PRIME dan TUF Gaming.
Dikongsi oleh pengguna Twitter harukaze5719 dan laman videocardz, dapat dilihat motherboard menggunakan siri Intel Z590 yang bakal dilancarkan kelak.
Siri CPU terbaru ini akan menggunakan PCIe Generasi ke-4 dimana ia akan membenarkan penghantaran data antara CPU dan GPU pada kadar yang lebih pantas.Namun begitu, ada ura-ura yang mengatakan bahawa teknologi baru ini ada kekurangannya seperti slot M.2 tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Adakah ini benar atau tidak, kita tunggu dan lihat apabila ia benar-benar dilancarkan kelak.


Comments
Loading…