in , , ,

Refund Cyberpunk 2077 PS4: CDPR Kata Tunggu Dulu, Tak Perlu Hubungi Sony

Komunikasi teruk antara CD Projekt Red dengan Sony tentang polisi pemulangan semula wang (refund) Cyberpunk 2077 nampaknya semakin mengeruh.

Menurut Kotaku, pemain yang menghantar emel ke CD Projekt Red ([email protected]) untuk memohon refund Cyberpunk 2077 sudah mula menerima emel balas dari pembangun itu.

Dalam emel balas automatik itu, CDPR mengingatkan sekali bahawa sekiranya pemain ingin refund versi digital Xbox One, boleh terus hubungi pihak Xbox. Manakala, untuk refund versi digital PS4, CDPR meminta para pemain “sila tunggu untuk kami layan semula kamu”.

Kenyataan ini sekaligus mengesahkan yang CDPR menyuruh pemain PS4 yang ingin refund untuk tunggu terlebih dulu dan tidak perlu menghubungi pihak Sony.

Langkah CDPR ini hadir selepas ramai pemain PS4 melaporkan mereka tidak berjaya untuk refund kerana polisi PlayStation Store yang tidak membenarkan pemain untuk memohon refund sekiranya game tersebut telahpun dimuat-turun ke dalam konsol.

CDPR sebelum ini telahpun mengakui bahawa mereka tidak meluangkan banyak masa untuk pembangunan Cyberpunk 2077 di PS4 dan Xbox One sehingga menyebabkan prestasi di kedua-dua konsol asal itu sangat teruk.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini 10 Game Paling Popular Untuk Fotografi Maya Sepanjang 10 Tahun Lalu

Sony Buang Cyberpunk 2077 Dari PS Store, Sediakan Refund Penuh Untuk Versi Digital