in ,

Red Dead Redemption 3 Mungkin Sedang Dibangunkan, Menurut Profil LinkedIn Pembangun Ini

Pengesahan mengenai pembangunan Red Dead Redemption 3 mungkin telah tertiris menerusi info yang diletakkan oleh seorang pembangun Rockstar Games di profil LinkedIn.

Khabar angin ini dilaporkan oleh Comicbook, yang mana laporan ini tidak meletakkan nama kepada pembangun itu serta tidak menyediakan sebarang pautan kepada profil tersebut.

Red Dead Redemption 3 disebutkan di bahagian pengalaman profil tersebut, di mana pembangun itu menulis, “dua tahun pengalaman memimpin pasukan kenderaan AI melalui pembangunan RDR3 dan beberapa projek lain.”

Comicbook tidak menolak kemungkinan bahawa butiran itu mungkin satu kesalahan ejaan yang sebenarnya mungkin ingin menyebut “RDR2”.

Tentunya pembangunan Red Dead Redemption 3, atau apa sahaja game dalam francais ini, sudah dimulakan adalah tidak mengejutkan memandangkan sesebuah game memerlukan beberapa tahun untuk dibikin. Lebih-lebih lagi, melihat kepada kejayaan Red Dead Redemption 2, semestinya Rockstar sedang merancang sesuatu, namun sehingga kini ia masih belum diumumkan secara rasmi.

Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami menyatakan:

“Red Dead Redemption 2 merupakan sebuah game yang serba lengkap. Kisahnya cukup mendalam, gameplaynya sangat mantap, side mission-nya tidak repetitif, open-world-nya yang “hidup”, endgame-nya tidak membosankan, lagu dan sinematiknya yang indah — tidak pernah penulis mainkan sebuah game yang sesempurna ini.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Francais Battlefield Dirombak Besar-Besaran, Kini Diketuai Pengasas Respawn, Akan Bikin ‘Universe Battlefield’

PlayStation Dilaporkan Mahu Melancarkan Servis Langganan Baru Untuk Bersaing Dengan Xbox Game Pass