in , ,

Red Dead Redemption 2 Versi PS5, Xbox Series Juga Dilaporkan Telah Dibatalkan

Hasrat kita untuk memainkan Red Dead Redemption 2 dalam versi sebenar PS5 dan Xbox Series nampaknya mungkin tidak akan tercapai.

Hal ini kerana terdapat satu laporan baharu yang mengatakan Rockstar Games telah menghentikan projek konsol generasi terkini untuk game koboi itu.

Laporan ini hadir daripada Tez2,yang cukup terkenal melaporkan berita-berita mengenai Rockstar.

Apabila ditanyakan mengenai apakah benar Red Dead Redemption 2 tidak akan mendapatkan versi terbaharu, Tex2 menjawab, “Ya”.

“Saya telah mendengarnya [pembatalan projek itu] sejak sekian lama. Serta perancangan mereka untuk mengeluarkan Enhanced Rockstar Editor. Semuanya telah dibatalkan/dihentikan buat masa sekarang.”

Kata kunci dalam laporan terbaharu ini adalah “dihentikan buat masa sekarang”. Dalam kata lain, sekiranya laporan ini sahih, tak mustahil untuk Rockstar meneruskan kembali projek tersebut.

Walau bagaimanapun, melihat kepada apa yang Rockstar telah lakukan terhadap Red Dead Online, iaitu tiada lagi kemaskini besar akan dibawakan — janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mereka kembali memandang game itu.

Dengan mereka kini sedang memfokuskan GTA yang seterusnya, serta dalam masa sama terus menyokong GTA 5, pastinya sukar untuk mereka kembali membawakan sesuatu baharu untuk Red Dead Redemption 2.

Minggu lalu, Tez2 turut melaporkan Rockstar telah membatalkan projek remaster game pertama Red Dead Redemption selepas bertahun dalam perancangan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

10 Game Korang KENA MAIN DULU Dalam PlayStation Extra, Deluxe (Game Catalog)

Siri Netflix Kingdom Akan Mendapat Adaptasi Game Ke PC, Mobile