Setelah sekian lama mendengarkan khabar angin, Rockstar akhirnya mengumumkan bahawa Red Dead Redemption 2 bakal dilancarkan ke platform PC pada 5 November ini.

Pada tarikh tersebut, game ini akan dilancarkan ke Rockstar Games Launcher dan Epic Games Store, manakala ia akan dilancarkan ke Steam pada Disember nanti. Lebih menarik, game ini akan turut dilancarkan ke Google Stadia, malah ia akan menjadi game yang telah tersedia semasa pelancaran Stadia, iaitu pada November ini (Stadia belum ada tarikh tepat pelancaran).

Pengumuman ini sekaligus meletakkan Red Dead Redemption 2 sebagai game pertama dalam siri game ini yang dilancarkan ke PC, memandangkan game asal Red Dead Redemption hanya dilancarkan ke PS3 dan Xbox 360.

Pelancaran RDR2 ke PC ini akan turut membawakan beberapa kandungan story baru seperti Bounty Hunting Missions, Gang Hideouts, Weapons yang baru serta banyak lagi, dan semestinya ia akan menampilkan grafik yang lebih mantap.

Pastinya juga, game ini turut didatangkan bersama dengan Red Dead Online, sebuah mode multiplayer yang berlangsung dalam dunia RDR2 itu sendiri.

Kata Rockstar, beberapa screenshots pertama, spesifikasi sistem serta beberapa info lain akan didedahkan pada 9 Oktober ini.

RDR2 telah dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One pada 26 Oktober 2018.

1 komen

JomKomen!