Seperti yang dijanjikan, Rockstar malam tadi telah mengeluarkan gameplay trailer terbaru. Ia menjelaskan kepada para pemain tentang apakah yang boleh dilakukan dalam game ini, digelar “Part II”, selepas mengeluarkan gameplay trailer pertama tempoh hari.
Antara gameplay yang dipaparkan dalam video baru ini ialah babak-babak aksi yang lebih mendebarkan seperti rompakan bank, rompakan kereta api, menyamun, pinjaman wang dan semestinya memperlihatkan pandangan first-person buat kali pertama secara rasmi.
Korang boleh saksikan video ini di bawah:
Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One pada 26 Oktober ini.
Comments
Loading…