in , , ,

Red Dead Redemption 2 Online Bukan Pesaing GTA Online, Kata Take-Two

Nampaknya kedua-dua game ini bakal memiliki peminatnya yang masing-masing.

Penerbit kepada game-game yang dikeluarkan Rockstar, Take-Two Interactive yakin bahawa komponen online dalam Red Dead Redemption 2 bukanlah pesaing kepada Grand Theft Auto Online.

Menurut laporan DualShockers, semasa laporan kewangan suku tahunan Take-Two Interactive, CEO-nya, Strauss Zelnick telah ditanyakan tentang komponen online bagi kedua-dua game ini. Ini jawapan beliau:

“Hiburan adalah sesuatu yang luar biasa, dengan itu suatu hiburan tidak bersaing dengan suatu hiburan yang lain. Kamu tidak pernah “memerlukan” hiburan. Hiburan hanyalah sesuatu yang kamu inginkan, tetapi kamu tidak memerlukan keinginan itu. Jika tiada apa di pasaran yang menarik perhatian kamu pada suatu-suatu masa, tiada sebab untuk mendapatkannya, dan jika banyak perkara menarik perhatian kamu, pengguna akan menggunakan kesemua itu.

Jadi saya tidak fikir terdapat persaingan dinamik antara mana-mana game yang akan kami lancarkan, selain daripada hakikat bahawa kejayaan kami didorong oleh kualiti. Jadi saya fikir kejayaan Red Dead Redemption 2, yang mana ia sangat dinanti-nantikan, akan didorong oleh kualitinya, dan saya fikir bahawa kejayaan berterusan Grand Theft Auto Online didorong oleh kualitinya yang sangat menakjubkan.”

Zelnick kemudiannya mengelak untuk memberikan sebarang komen tentang apakah yang akan ditampilkan dalam mode online Red Dead Redemption 2, dengan mengatakan Rockstar akan umumkan lebih lanjut pada masa yang telah dirancang. Beliau hanya menambah bahawa syarikat mereka sangat teruja dengan apakah yang bakal dibawakan.

Dalam laporan kewangan itu juga, beliau turut mendedahkan bahawa jumlah jualan GTA V kini telah mencecah 75 juta unit.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Red Dead Redemption 2 akan membawakan 3 watak utama yang boleh dimainkan, sama seperti apa yang telah ditampilkan dalam GTA V.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada akhir tahun 2017.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Phil Spencer “Sangat Yakin” Scorpio Boleh Memainkan Game Xbox One, Komen Tentang Keyboard/Mouse Di Konsol!

Video Terbaru Nintendo Switch Memberikan Ringkasan Keseluruhan Tentang Konsol Switch