Dokumen yang di-leak Ogos lepas ini dedahkan pelbagai butiran hangat!
Trusted Reviews telah mendedahkan dokumen Red Dead Redemption 2 (RDR2) yang telah mereka terima sejak Ogos 2017 lepas.
Sebagai game dari Rockstar, RDR2 dilihat sebagai karya berikutnya selepas Grand Theft Auto V (GTAV) yang menemui kejayaan dan sambutan luarbiasa daripada gamers sekalian. Semestinya RDR2 dilihat sebagai pengganti sementara GTAV dengan gameplay dunia open-world serta elemen gameplay online yang terbuka lagi pelbagai.
Trusted Review di dalam laporan mereka mendakwa mereka telah menerima dokumen yang mengariskan beberapa butiran menarik berkenaan DR2 itu nanti. Mereka tidak dapat mengesahkan kebenaran dokumen tersebut sehinggalah screenshot rasmi diumumkan oleh Rockstar.
Oleh kerana ianya adalah dokumen yang leak, dan semestinya tak dapat disahkan, korang denganr boleh percaya jangan aje lah ye.
Berikut adalah beberapa benda best pasal RDR2 yang di-leak:
Red Dead Redemption 2 Online
- RDR2 Online akan menampilkan mode Battle Royale, Revive & Survive dan Money Grab.
- Tiada maklumat terperinci berkenaan mode Battle Royale – tetapi Rockstar dilihat ingin mencedok kejayaan mode tersebut ke dalam RDR2 pula
- Mode Revive & Survive ini kedengaran seperti mode Team Deathmatch kebiasaan dalam game-game FPS – cumanya ada tempoh masa untuk me-revive ahli pasukan sebelum mereka mati.
- Mode Money Grab ini pula kedengaran seperti gabungan Heist dari GTAV dan mode Capture the Flag dalam kebanyakan game FPS lain. Curi karung-karung wang ala koboi dan bawa pulang ke tempat-tempat tertentu.
- Seperti GTAV Online, pemain boleh mengembara di dalam map open-world RDR2 yang kononnya lebih mendalam dan interaktif. Watak-watak NPC akan membuka dan menutup kedai mengikut waktu dalam game.
- Sistem apartment dan kediaman di dalam GTAV di bawa ke RDR2 Online dalam bentuk khemah bertema yang boleh di-upgrade.
- Khabarnya akan ada companion app yang akan dilancarkan bersama RDR2 lengkap dengan elemen sosial dan mini-game poker.
- Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dalam RDR2 Online seperti melombong emas, memancing, menggembala ternakan dan pelbagai cabaran bersenjata.
Mechanics Gameplay Turut Didedahkan
- Beberapa lokasi (seperti Armadillo dan Ridgewood) didiami NPC dan vendor termasuk pemilik kedai, pembuat senjata dan macam-macam lagi. Rumah perjudian juga ada bagi korang yang ingin memenangi wang besar.
- Slum Market / Pasar Karat yang didiami NPC/vendor turut menjual barangan pada harga rendah. Kehadiran NPC ini juga dipengaruhi faktor watu siang dan malam.
- Kenderaan – Selain kuda, terdapat gerabak perlombongan, kereta/pedati sorong, dan pedati kuda. Semua ini hadir dalam pelbagai variasi.
- Keretapi juga mungkin boleh digunakan sebagai pengangkutan.
- Selain kempen solo, pelbagai sidequest dan aktiviti sampingan akan tersedia.
- Kemahiran menunggang kuda boleh dinaiktaraf.
- Pelbagai jenis ikan dapat dipancing. Pelbagai umpan dan peralatan memancing juga boleh dipilih. Boleh membeli umpan cacing.
- Tumbuhan dan herba dapat dikutip dan di-craft.
- Kempen utama dan multiplayer boleh dimainkan secara first-person. Animasi karakter tersedia bagi gameplay FPS dan TPS.
- Sistem slo-mo bullet time Dead Eye diperbaharui – boleh menjejak buruan dan mengesan ikan dan haiwan terdekat.
- Random Event – Quest bounty hunting, treasure hunt dan misi bersama individu misteri.
- Sistem moral & pilihan dialog perbualan boleh mempengaruhi interaksi bersama NPC, kesudahan misi objektif dan dialog yang berlainan – semuanya bergantung kepada pilihan korang.
- Sistem Wanted Level akan terpapar di atas skrin (macam GTA) – bergantung kepada level kesyaitanan korang dalam game (lol). Menyerang NPC random dianggap jenayah kelas rendah. Merompak dan membunuh menjadikan korang penjenayah peringkat atas.
- Jika musuh dicederakan dengan cara tertentu (dera tembak jari kaki dulu…) atau dijatuhkan dari kuda, sistem dialog (contextual dialogue) akan berubah dan korang boleh memaksa mereka memberikan maklumat atau wang.
Amacam? Seronk dengan khabaran leak ini? Ada benda yang korang tak suka daripada berita ini? Suarakan di Facebook dan Twitter kitorang.
Comments
Loading…