in , , , , ,

Red Dead Redemption 2: Info Terbaru Tentang Versi PC Telah Leaked!

Masih ada sinar harapan untuk para pemain di PC memainkan game akan datang daripada Rockstar ini.

Pada Oktober 2016 lalu, Rockstar telah secara rasminya mengumumkan Red Dead Redemption 2. Dan seperti yang kita sudah tahu, game ini hanya (setakat ini) akan dikeluarkan di PS4 dan Xbox One.

Sebaik sahaja mengetahui bahawa game akan datang Rockstar ini tidak diumumkan untuk versi PC, para pemain terus menaikkan petisyen untuk Rockstar mengeluarkan juga game ini di PC. Ramai yang beranggapan dan menyimpan harapan agar Rockstar melakukan perkara sama seperti apa yang telah dilakukannya di Grand Theft Auto V. GTA V pada mulanya dilancarkan di PS3 dan Xbox 360 pada 2013, di PS4 dan Xbox One pada 2014, dan akhirnya mengeluarkannya di PC pada 2015.

Terbaru, menurut laporan RDR2.com, kita telah mengetahui sedikit maklumat yang boleh dikatakan signifikan untuk kita katakan bahawa Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan di PC juga. Ia datang daripada maklumat yang telah leaked daripada syarikat Denuvo.

Denuvo merupakan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat anti-cetak-rompak (anti-piracy services), eksklusif untuk platform PC. Dan baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengalami sedikit masalah teknikal di pihak mereka, dan pengguna telah mendapat akses sepenuhnya kepada database syarikat ini. Apa yang dijumpai oleh para pengguna ini adalah Rockstar bakal menggunakan servis Denuvo pada masa terdekat.

Maklumat ini hanya mendedahkan bahawa Rockstar akan menggunakan servis tersebut, namun tidak diketahui di game manakah ia akan menggunakan servis tersebut. Pastinya, mengaitkan servis ini dengan Red Dead Redemption 2 bukanlah sesuatu yang tidak mustahil kerana ia satu-satunya game akan datang Rockstar yang sudah didedahkan kepada umum.

Apa-apa pun, kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Rockstar. Buat masa ini, Red Dead Redemption 2 hanya akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada akhir tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Filem CGI Resident Evil: Vendetta Bakal Diterbitkan Pada Tahun ini!

Filem CGI Resident Evil: Vendetta Bakal Diterbitkan Pada Tahun ini!

Ada Easter Egg Mortal Kombat Dalam For Honor, Korang Perasan Tak?