in , , , ,

Red Dead Redemption 2 Dilaporkan Mempunyai Battle Royale, First-Person Dan Banyak Lagi

Nampaknya Red Dead Redemption 2 akan menyertai kumpulan “revolusi battle royale”, menurut laporan yang telah didedahkan oleh Trusted Reviews.

Laporan itu juga turut memberikan beberapa petunjuk kepada misi-misi yang akan ditampilkan, mekanik, mode online multiplayer dan jalan cerita.

Antara info yang tertiris termasuklah mode “Battle Royale” yang baru untuk multiplayer, dan juga “Revive and Survive” serta “Money Grab” dengan kebolehan untuk bermain kedua-duanya pada mode kempen dan multiplayer dalam mode first-person.

Tindakan pemain boleh membawa kepada “kejadian yang berbeza bergantung kepada karakter mana yang pemain berinteraksi.”

Seperti GTA Online, mode multiplayer Red Dead Redemption 2 akan membenarkan pemain untuk berlegar-legar dalam dunianya. Walau bagaimanapun, RDR2 akan memberikan “penekanan yang lebih mendalam”.

Pemain juga boleh menyelesaikan objektif dan menerima ganjaran serta khemah akan menjadi tempat tinggal untuk pemain.

Laporan itu turut memberitahu bahawa “aplikasi companion” akan dilancarkan bersama dengan game tersebut.

Maklumat selebihnya memberitahu mengenai ciri-ciri dari game pertama akan kembali dalam sekuel kali ini seperti mengumpul tumbuh-tumbuhan dan herba serta mekanik Dead Eye.

Walau bagaimanapun, kesemua maklumat ini masih belum disahkan secara rasmi oleh Rockstar Games. Jadi kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari mereka.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Monster Hunter: World Berjaya Memotong PUBG Sebagai Game Berbayar Paling Tinggi Di Xbox One

Fortnite Perkenalkan Crossbow, Tema Hari Kekasih Disajikan Pada Hari Ini