in , ,

Red Dead Redemption 2 Dilancarkan Ke PC Pada Minggu Hadapan, Saksikan Trailer Pelancaran Ini

Minggu hadapan bakal menyaksikan Rockstar Games melancarkan Red Dead Redemption 2 ke PC, menjadikan ia kali pertama siri koboi itu dilancarkan ke platform tersebut.

Bersempena dengan pelancaran ini, Rockstar telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru bagi meraikannya. Ia hanya trailer yang pendek, iaitu kurang daripada 1 minit.

Namun, apa yang mengejutkan ialah Rockstar telah meletakkan sedikit spoiler ketika pertengahan jalan cerita. Sesiapa yang sudah habiskan game ini di PS4 atau Xbox One pasti tahu bahagian manakah spoiler tersebut. Jadi, kepada pemain PC yang ingin elakkan sedikit spoiler, disarankan untuk usah menonton trailer ini.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan ke platform PC melalui Rockstar Games Launcher dan Epic Games Store pada 5 November ini. Ia akan dilancarkan ke Steam pula pada Disember nanti.

Red Dead Redemption 2 telah dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One pada 26 Oktober 2018. Korang boleh baca reviu kami untuk game ini di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply
  1. Buat kalian yg suka nggame/ para gamers buruan join di qqharian,net
    Kapan lagi main game berpenghasilan 😉

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Overwatch 2 Diumumkan Blizzard - 10 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sekuel Game Shooter Ini

Overwatch 2 Diumumkan Blizzard – 10 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sekuel Game Shooter Ini