Semua pasti sudah mengetahui bahawa bahagian online untuk Red Dead Redemption 2, dipanggil Red Dead Online (RDO), telah dilancarkan secara berperingkat.
Namun, apa yang ramai tidak perasan ialah RDO ini sebenarnya dilancarkan dalam versi beta. Dalam apa jua versi beta yang ada dalam mana-mana game, pastinya ia sebuah versi yang masih belum siap sepenuhnya — pasti akan ada beberapa isu yang timbul, serta pelbagai fungsi yang masih tidak dikeluarkan lagi.
Dalam blogpost yang dikeluarkan Rockstar yang menjelaskan tentang RDO, mereka ada menyebut tentang apa yang mungkin berlaku apabila ia dilancarkan sepenuhnya nanti.
“Kami mengharapkan yang semua progress pemain dalam waktu awal beta ini akan kekal dalam keadaaan baik, walau bagaimanapun, seperti kebanyakan pengalaman online beta yang sebesar ini, sentiasa akan ada peluang yang kita mungkin akan memperkenalkan rank atau me-reset stats sekiranya terdapat beberapa isu,” kata Rockstar.
Buat masa ini, Rockstar masih lagi belum mendedahkan bilakah versi beta ini akan berakhir, dan seterusnya melancarkan RDO secara sepenuhnya.
Comments
Loading…