in , , ,

Red Dead Online Kini Dilancarkan Dengan Harga RM20

Beberapa hari lalu, Rockstar Games telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Red Dead Online, sebuah produk berasingan yang terpisah daripada bahagian story Red Dead Redemption 2.

Terkini, Red Dead Online telahpun dilancarkan di PS4, Xbox One dan PC (Steam, Epic Games Store, Rockstar Games Launcher).

Daripada sekian banyak store yang dilancarkan ini, hanya dua store yang mempunyai harga dalam ringgit Malaysia. Red Dead Online berharga RM20 di Steam, dan di PlayStation Store pula berharga RM23.70.

Game ini juga boleh dimainkan di konsol PS5 dan Xbox Series melalui fungsi backward compatibility.

Red Dead Online sememangnya sesuai untuk korang yang ingin mencuba mode online dalam dunia Red Dead Redemption 2, walaupun kami sendiri tidak rekomen kerana single-player story dalam Red Dead Redemption 2 jauh lebih bagus daripada seksyen online-nya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Pandang Pertama Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun, Buka Februari 2021

Crash Bandicoot Balas Easter Egg Uncharted 4 Dalam Video Baru Yang Comel