Rockstar Games mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan Red Dead Online secara berasingan (standalone) bermula 1 Disember ini.
Sebelum ini, satu-satunya cara untuk bermain Red Dead Online adalah dengan membeli Red Dead Redemption 2. Bermula minggu hadapan, sekiranya pemain tidak berminat untuk bermain story mode yang ada dalam RDR2, tetapi ingin bermain online mode-nya sahaja, maka pemain boleh membeli Red Dead Online sahaja dengan harga yang lebih murah.
Red Dead Online akan dijual dengan harga USD20. Harga untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan (Steam dan PlayStation Store), kemungkinan hanya akan diketahui pada hari pelancaran.
Walau bagaimanapun, dari hari pertama pelancaran sehingga 15 Februari 2021, Red Dead Online ditawarkan dengan promosi hanya USD5.
Mampukah dengan pelancaran secara berasingan ini menarik lebih ramai pemain bermain online mode dalam dunia Red Dead Redemption 2 ini?
Ini bukan kali pertama Rockstar memisahkan bahagian story dengan online multiplayer dalam game mereka. Sebelum ini mereka telah mengumumkan yang GTA Online untuk PS5 akan turut dilancarkan secara berasingan pada 2021.
Comments
Loading…