in ,

Reboot Siri Uncharted Dilaporkan Dalam Pembikinan, Tapi Bukan Dari Naughty Dog

Sony dilaporkan sudah memutuskan untuk reboot siri game Uncharted, dan apa yang menarik adalah ia tidak akan diketuai oleh Naughty Dog.

Laporan ini hadir daripada TheLeak yang mengatakan mereka menerima berita ini daripada dua sumber bebas.

TheLeak melaporkan yang keputusan itu telah diambil Sony pada tahun ini. Reboot itu dikatakan dibangunkan oleh satu studio lain yang tidak diketahui lagi, di mana Naughty Dog hanya akan akan bertindak sebagai pembantu kepada projek ini.

Laporan ini mengatakan lagi yang terdapat dua kemungkinan bentuk reboot tersebut: sama ada membawakan pengembaraan Nathan Drake semasa muda atau memperkenalkan satu karakter baharu dengan Nathan Drake sebagai cameo.

Spoiler untuk Uncharted 4: A Thief’s End di bawah

Sekiranya laporan ini sahih, ia merupakan satu perkembangan yang menarik. Kami lebih tertarik untuk melihat anak Nathan dan Elene meneruskan perjalanan yang ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Jika korang dah habiskan Uncharted 4: A Thief’s End, pasti ingat penamatnya yang menyaksikan Nathan dan Elena sudah bersara daripada menjadi pencari harta karun, manakala anaknya pula, Cassie memiliki minat yang sama.

Sony sudah berjaya me-reboot francais God of War dengan begitu cemerlang sekali. Dapatkan mereka melakukannya sekali lagi dengan francais Uncharted?

Persoalan terbesar kini, mampukah studio lain itu menyajikan magik yang sama seperti yang dilakukan Naughty Dog?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.

JomKomen!

Loading…

0

Multiplayer Cyberpunk 2077 Terpaksa Dibatalkan Kerana Pelancaran Yang Kucar-Kacir

Legend Kegemaran Ramai Kini Boleh Dimainkan Di Apex Legends Mobile