Alex Hunter lebih penting daripada Cristiano Ronaldo.

Di sebalik sering dikenali sebagai kelab bola sepak yang sentiasa berbelanja besar, Real Madrid pada musim perpindahan pemain kali ini agak sunyi dalam membawakan pemain baru ke Santiago Bernabeu.

Ditambah pula dengan kehilangan pengurus hebat Zinedine Zidane serta pemain bintang Cristiano Ronaldo, ia membuatkan peminat Real Madrid semakin resah gelisah.

Tapi, seolah-olah itu semua belum cukup, Real Madrid kini lebih fokus untuk mempromosikan dan menjual jersi Alex Hunter, watak fiksyen dalam siri game FIFA, yang dalam FIFA 19 nanti akan berpindah ke Real Madrid.

Jualan jersi di laman web rasmi kelab ini turut menawarkan jersi yang tertulis nama dan nombor (no. 29 khas diberikan kepada Hunter) yang akan digunakan pemain fiksyen ini.

Malah, akaun Twitter rasmi Real Madrid siap menyatakan, “Pembelian terakhir kita sedang beraksi.”

Ramai peminat bola sepak seluruh dunia sedang memerli Real Madrid dengan mengatakan yang kelab itu lebih fokus untuk “membeli” pemain fiksyen daripada pemain sebenar untuk memperkuatkan skuad. Lebih-lebih lagi, apabila seterunya utamanya, FC Barcelona lebih aktif dalam membawa masuk para pemain handalan ke Camp Nou pada tempoh perpindahan pemain kali ini.

Kalau korang nak tahu apa kisahnya Alex Hunter ini sehingga Real Madrid bersungguh-sungguh mempromosikan watak ini, mainkan FIFA 19 yang akan dilancarkan pada 28 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.