Kebanyakan daripada kita mungkin hanya mengenali Ready Player One daripada filem (2018) yang diarahkan Steven Spielberg. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ia merupakan adaptasi daripada novel (2011), dengan judul yang sama, yang ditulis oleh Ernest Cline.
JomBaca: Ready Player One – Ajak Keluarga Dan Kenalan ‘Bukan Gamer’ Intai Kehidupan Gamer Di Masa Hadapan!
Menurut The Hollywood Reporter, novel sekuel kepada novel pertamanya itu, diberi judul Ready Player Two, akan diterbitkan pada 24 November 2020 di pasaran Amerika Utara.
Ready Player One menceritakan tentang kehidupan manusia pada tahun 2045 yang kini berada dalam distopia. Manusia melalui kehidupan seharian dengan bermain OASIS, satu dunia maya, atau kita boleh katakan game, virtual reality (VR) yang penuh dengan rujukan-rujukan budaya pop 1980-an.
Novel pertama itu telah diterjemahkan kepada 37 bahasa dan boleh didapati di 58 buah negara.
JomBaca: 7 Game Social Chat Masakini Yang Sama Dengan Dunia Game OASIS Dalam Filem Ready Player One!
Comments
Loading…