Kita telahpun diacah oleh Razer sebelum ini bahawa mereka akan memperkenalkan telefon pintar gaming mereka. 

Sumber: CNET.

Terkini, Razer telah mengumumkan Razer Phone, telefon pintar gaming pertama yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi yang cukup terkenal dengan produk-produk gaming itu. Ia dikatakan direka untuk mengendalikan game berprestasi tinggi dan stream filem-filem yang beresolusi tinggi.

Antara spesifikasi menarik yang dimiliki oleh Razer Phone adalah skrin 120 Hz UltraMotion, Dolby ATMOS dan audio yang disahkan THX, pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dengan 8GB RAM, dwi-kamera 12MP dan bateri berkapasiti 4,000 mAh battery bagi kegunaan sepanjang hari. Ia merupakan sebuah telefon pintar yang bersaiz 5.7-inci dengan skrin resolusi 2,560×1,440.

Walau bagaimanapun satu spesifikasi yang mungkin akan sedikit mengurangkan minat korang untuk mendapatkan Razer Phone adalah ketiadaan 3.5mm headphone jack. Tetapi, menurut CNET, ia akan didatangkan bersama adapter dongle USB-C kepada 3.5mm headphone di dalam kotak.

Razer Phone akan dilancarkan pada 17 November ini dengan harga USD699 (~RM2,954). Buat masa ini, tiada pengumuman untuk ia dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Razer Phone di laman web rasminya.

JomKomen!