Sebelum ini, Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq ada menyatakan yang beliau akan berusaha untuk memastikan acara esports akan dipertandingkan sebagai pungutan di Sukan SEA 2019 di Filipina.

Terbaru, Razer telah mengumumkan yang syarikat perkakasan gaming itu akan menjadi salah satu rakan kerjasama untuk esports di sukan temasya dwitahunan terbesar rantau Asia Tenggara itu — sekaligus mengesahkan yang esports akan dikira sebagai acara yang bakal menyumbang kepada pungutan pingat kepada negara-negara yang bertanding. Berita ini diumumkan melalui laman web rasmi Razer.

Setakat ini, mereka tidak mendedahkan lagi apakah game yang akan dipertandingkan. Walau bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan, senarai game tersebut dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang yang meliputi game-game di platform PC, mobile dan juga konsol. Buat masa ini, game pertama yang telah diumumkan akan dipertandingkan ialah Mobile Legends: Bang Bang.

Esports telahpun dipertandingkan di Sukan Asia tahun ini di Jakarta, Indonesia, namun ia merupakan pertandingan demonstrasi sahaja dan tidak dikira sebagai pungutan pingat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.