in ,

Razer Phone Habis Dalam 30 Minit Sahaja Apabila Kedai Ini Bawa Set Dari Singapura Dengan Harga RM3,199

Habis dijual dalam 30 minit!

Apabila Razer, sebuah jenama yang fokus kepada barangan gaming, mendedahkan telefon pintar mereka, ia pastinya akan membuatkan penggemar tegar jenama ini tidak sabar untuk mendapatkannya.

Terbaru, menurut laporan Lowyat.net, kedai gaming tempatan terkemuka di Malaysia, Impulse Gaming telah membawakan set Razer Phone dari Singapura, dengan harga RM3,199. Ia dilaporkan habis dijual hanya selepas 30 minit jualan dibuka.

Sumber: Lowyat.net

Razer Phone masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, yang mana Singapura adalah satu-satunya negara di rantau ini yang dipasarkan telefon pintar bercirikan gaming itu.

Sekiranya membandingkan harga yang dijual Impulse dengan harga tukaran wang yang dijual di Singapura, ia tidaklah terlalu jauh bezanya. Impulse menjual dengan harga RM3,199, yang mana pasaran Singapura menjualnya dengan harga SGD1,068 (~RM3,267). Ia agak menarik apabila jika dibandingkan dengan harga pasaran di Amerika Syarikat, ia sedikit mahal, iaitu USD699.99 (~RM 2,882).

Mungkin ada pembaca JomGaming yang telah membeli Razer Phone ini dari pasaran luar negara? Apa kata korang kongsikan dengan kami.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tencent Mengumumkan Versi Mobile PlayerUnknown’s Battlegrounds Akan Hadir Ke China

Assassin’s Creed Rogue Mungkin Dikeluarkan Untuk PS4 Dan Xbox One! Betul Ke Bohong?