Seperti semua gamers tahu, pencahayaan RGB bisa buat hardware gaming berdesup perginya…
Jaga-jaga gaming phone Asus ROG! Razer baru umumkan edisi terbaru gaming phone Razer Phone 2!
Selepas Razer Phone dilancarkan pada tahun lepas, ianya menarik perhatian kita dengan skrin 120Hz khusus buat visual gaming berprestasi esports. Namun beberapa cirinya dilihat tidak mencapai tahap harga premium terutamanya kamera yang agak kureng.
Terkini, Razer Phone 2 yang diperbaharui akan menampilkan ciri-ciri yang akan lebih menjadikan ia gaming phone mutlak masakini – skrin lebih terang, speaker lebih padu, kamera lebih jitu, sistem penyejukan vapor chamber, kalis air dan sistem pencahayaan RGB Razer Chroma.
So, apa yang best dengan Razer Phone ver. 2.0 ini?
1. Skrin 120Hz Diperbaharui
Razer Phone 2 masih mengekalkan skrin dengan refresh rate 120Hz yang menampilkan paparan super lancar dan halus. Skrin baru 5.7 inci pada resolusi 1440×2560 Indium gallium zinc oxide (IGZO) ini kini juga 50% lebih terang dan mampu menyokong paparan HDR.
2. Gandingan Prestasi Processor, GPU & RAM Terkini
Razer Phone 2 menampilkan processor Qualcomm Snapdragon™ 845 (2.80 GHz) dengan GPU Adreno 630 dan 8GB RAM – kombinasi wajib bagi gaming phone masakini. Kombo ini disejukkan pula oleh sistem penyejukan Vapor Chamber – selari dengan gaming phone seperti ROG Phone ataupun Black Shark.
3. Kamera, Kamera, Kamera – 3 Kamera Semuanya
Razer Phone 2 hadir dengan dwi-kamera belakang – 12MP f1.75 wide angle lens dan 12MP f2.6 telephoto lens yang mampu merakam video 4K. Di bahagian hadapan pula adalah 8MP f2.0 kamera yang mampu merakam video dengan 1080p 120 FPS! Image stabilisation juga lengkap dan tersedia untuk merakam gambar dan video berkualiti tinggi!
4. Warna-Warni RGB Razer Chroma
Di bahagan belakang Razer Phone 2 terpampang logo Razer dengan pencahayaan RGB Razer Chroma yang boleh dilaras mengikut citarasa korang – 16.8 juta warna menjadi pilihan dengan efek cahaya statik, brthing ataupun spectrum! Bukan itu sahaja, sistem pencahayaan ini juga boleh dilaras bagi menandakan notification app secara individu! Contohnya nyalaan merah untuk Gmail, hijau untuk Whatsapp, dan macam-macam lagi!
5. Bateri Boleh Dicaj Pantas!
Bateri 4000mAh Razer Phone 2 boleh dicaj pantas dengan sokongan Qualcomm QuickCharge+. Sistem mengecas secara wayarles juga tersedia dengan aksesori tambahan daripada Razer.
6. Sistem Bunyian Meletop!
Razer Phone 2 dilengkapi 2 speaker stereo hadapan Dolby Atmos. Ianya juga menyokong kandungan bunyian HDR dan 5.1 surround sound dengan talaan bass. Tak cukup dengan itu, Razer Phone 2 disertakan dengan aksesori digital to analog converter (DAC) 24 bit. Hanya cucukkan ke port USB Type-C dan korang boleh gunakan mana-mana sistem audio dengan jack 3.5mm untuk menikmati audio berkualiti tinggi.
7. 2 Edisi Razer Phone 2 Yang Seksi
Pilih antara pilihan 64GB dengan kemasan belakang berkaca, ataupun 128GB dengan kemasan satin halus (dilancarkan pada tarikh akan datang).
Razer Phone 2 boleh mula di-pre-order bermula 11 Oktober pada harga USD799 (~RM3,323.28).
Comments
Loading…